PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PUSAT SUMBER

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, pada pembukaan perhimpunan rasmi tahun 2019 ini, Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah & Pusat Sumber berjaya dilaksanakan.



















Lafaz tahniah dan syukur ke hadrat Allah SWT kepada semua murid yang diamanahkan menggalas tanggungjawab 'berat' sejajar dengan aspirasi sekolah yang ingin melahirkan insan soleh dan musleh.

Berikutan itu juga, tahniah diucapkan kepada guru disiplin yang baharu iaitu Puan Nik Yusnita binti Nik Yaakob atas pelantikannya menggantikan Puan Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan yang telah mengemudi Lembaga Pengawas & Disiplin selama 3 tahun berturut-turut.

Majlis disempurnakan dalam perhimpunan rasmi tepat jam 7.45 pagi oleh Guru Besar, Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali dan berakhir jam 8.30 pagi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH