Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

BENGKEL & TEKNIK MENJAWAB UPKK DAN SRAI

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Kemerdekaan. 12 Ogos 2017, berlangsungnya bengkel dan teknik menjawab UPKK dan SRAI untuk tahun 5 dan 6 di Pusat Eko Pelajaran Matang. Program dihadiri oleh semua murid tahun 5 dan 6 diikuti 3 guru pengiring yang diketuai oleh Penolong Kanan Addiniah, Puan Addri Suzzana beserta dua orang guru, Puan Rosnah dan Encik Amir Akhmal. Program ini atas jemputan daripada Guru Besar SRB Darul Mulkan, AF Ustaz Mad Sahil Bin Ahmad yang menjadi pusat peperiksaan dan tuan rumah bagi program kali ini. Program berjalan lancar seperti ditetapkan. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang itu turut disertai oleh 3 buah sekolah iaitu SRAR Simpang, SRAR Matang dan SRAR Addiniah.  Tahniah kepada semua yg terlibat mengikutinya.

WARNA WARNI KEMERDEKAAN 2017

Imej
Assalamualaikum WBT.  Salam Kemerdekaan ke-60. Menghitung waktu, tanah air yang diberi nama Malaysia telah menjangkau usia ke-60 penubuhannya.  Sedari itu, pihak sekolah melalui jabatan kurikulum, addiniah, hal ehwal murid mahupun kokurikulum telah merencana pelbagai aktiviti bagi menyambut ketibaan bulan istimewa ini. Berikut merupakan warna-warni hiasan di sekolah sempena menyambut Kemerdekaan ke-60. Insya-Allah, admin akan update dari semasa ke semasa segala aktiviti dalam facebook atau pun disini.