KEM AMALI WUDUK SIRI 1 ANJURAN JAB. ADDINIAH

Asalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya, Jabatan Addiniah hari ini telah menyelesaikan satu program yang sangat bermanfaat; iaitu Kem Amali Wuduk Siri 1 untuk para murid tahap satu.














Hari ini, seawal jam 8.00 pagi, anak-anak tahap 1 ini berkumpul bagi mengambil tempat dan pecahan kumpulan yang telah disediakan. Jam 8.30 pagi, program bermula dengan minum pagi serta disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada penyelaras, Puan Noor Addri Suzzana bt. Mohd. Adnan selaku Pen. Kanan Addiniah & merupakan 'orang kuat' dalam program ini.

Selesai saja minum pagi, semua murid dibawa ke dalam surau untuk ditayangkan video 'Cara-Cara Mengambil Wuduk Dengan Betul' oleh grafik animasi, Upin & lpin. Murid terus didedahkan dengan amali secara lisan sehingga jam 10.30 pagi serta disusuli dengan kuiz 'Smart Wuduk'.

Jam 11.00 pagi, murid terus dibawa ke tempat wuduk bagi membuat amali wuduk secara praktikal. Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan majlis penyampaian hadiah serta ucapan akhir daripada PK Addiniah.

Mewakili pentadbir dan salah seorang peneraju sekolah, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jabatan Addiniah kerana bersusah payah menyediakan bahan serta berganding tenaga bagi menjayakan program sebegini. Insya-Allah, program seperti ini akan diadakan lagi dalam siri-siri akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN