Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamu'alaikum WBT, Salam Aidil Fitri. Diam tak diam, bulan Syawal pun menjelma lagi. Sehubungan itu, pihak SERI Taiping mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2015 di sekolah.    Majlis dimulakan dengan bacaan doa pada pukul 10.30 pagi. Kemudian, jamuan hari raya diadakan serentak. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Besar dan guru-guru lain.        Jamuan diadakan untuk mengeratkan silaturahim sesama guru dan murid dalam memupuk nadi persefahaman sejagat. Alhamdulillah, majlis kali ini berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.10 tengah hari.

SUMBANGAN AIDILFITRI

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat. Bersempena bulan Syawal yang akan menjelang kurang dari seminggu lagi, pihak sekolah dengan rasa penuh tanggungjawab dan penuh  terbuka hatinya, memberi sedikit sumbangan kepada murid-murid SERI Taiping yang kurang bernasib baik. Insya-Allah moga bermanfaat dan dapat meringankan beban. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara. Pohon ampun  dan maaf jika pihak sekolah mempunyai kekhilafan dan kebatilan yang tak dapat dielakkan. Maaf zahir dan batin.

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT ABIM NEGERI PERAK

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Perjuangan. Alhamdulillah, syukur rahmat kepadaNya, dengan berkat dan kurniaanNya dapatlah kita menadah tangan tanda kesyukuran atas izinNya Majlis Berbuka Puasa Peringkat ABIM Negeri Perak dilangsungkan dengan jayanya.    Lafaz kesyukuran ini dirafakkan kepadaNya serta inayahNya kerana dapat mengumpulkan kami warga pendidik SERI-SEMI-TAHFIZ-TASKI dan Warga ABIM Negeri Perak hinggalah ke peringkat Daerah Taiping dalam satu majlis yang direncanakan oleh ABIM Negeri Perak.    Tahun ini, giliran SERI Taiping menerima tetamu dari seluruh pelusuk negeri Perak. SERI Taiping dengan tangan terbukanya menerima pelawaan untuk menjadi tuan rumah kali ini.    Majlis dimulakan pada jam 4.30 petang dengan pengumpulan para wakil khatam al-Quran, seterusnya Solat Asar berjemaah, Majlis Khatam al-Quran, tazkirah ringkas, seterusnya Majlis Penyampaian Sumbangan dan Cenderamata kepada para khatamis al-Quran.   Selesai kesemuanya, majlis diteruskan la