Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

MAJLIS IFTHOR JAMA'IE, KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berlabuh juga tirai majlis yang direncanakan di awal-awal takwim sejak memasuki bulan Ramadan.  Majlis ini digabungkan dengan 3 elemen iaitu Jamuan Berbuka Puasa, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim. Semuanya berjalan lancar mengikut ketetapan diberikan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada guru-guru, para ibubapa, AJK BAKA, Guru-guru TASKI, EXCO ABIM Daerah Taiping kerana turut menjayakan program kali ini.

HARI BERTEMU WARIS PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga para ibu bapa serta waris berjumpa dengan guru-guru yang mendidik anak-anak mereka selama ini. Hari Bertemu Waris menyaksikan perjumpaan dua hala antara ibubapa dengan guru kelas/guru subjek secara langsung. Pada hari inilah ibubapa boleh mengetahui sikap dan perangai anak-anak mereka apabila berada dalam jagaan guru. Kali ini nampaknya positif pandangan mereka. Terima kasih kerana memberi kerjasama dan sokongan dalam usaha membentuk anak-anak kita menjadi insan berguna kelak. Insya Allah.

GOTONG - ROYONG PERDANA

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan sokongan yang diberikan, akhirnya gotong-royong perdana dapat juga dijalankan mengikut jadual. Setelah hampir beberapa bulan tertangguh, pada 28 Mei 2016 yang lalu, terjawab jugalah persoalan yang diutarakan para ibubapa, khususnya AJK BAKA. Gotong - royong kali ini disertai kira-kira 30 orang AJK Ibubapa dalam BAKA, guru-guru SERI Taiping, sebilangan AJK ABIM Daerah dan beberapa orang sukarelawan. Gotong-royong ini dijadualkan akan membersihkan surau, kantin, tapak pembinaan, tandas murid dan beberapa tempat lain. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa, guru-guru dan semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini dalam menyumbangkan tenaga sama ada secara langsung ataupun tidak.