Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

TEKNIK HARARKI USTAZ ZAKARIA

Imej
Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, hari ini dilimpahkan rahmah dan berkah atas kurniaan-Nya menyempurnakan Teknik Menguasai Al Quran dengan kaedah Hierarki pimpinan Ustaz Zakaria. Program dijalankan sekitar jam 2.30 petang yang disertai oleh semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Program dijalankan di Surau Seri Al Ummah Taiping.  Teknik Hierarki ini sememangnya bagus untuk pengetahuan pembacaan murid dengan rentak dan gaya pembacaan mengikut lunak kepanjangan, seni pendek dan panjang serta getaran atau dengung. Ini sememangnya perkara baharu yang bukan sahaja murid dapat belajar, malah guru juga dapat belajar suatu benda baharu yang lebih segar dan dinamis. Kepada ibu bapa yang berminat dan ingin teruskan cara pengajian Ustaz Zakaria, boleh ke laman Facebook  https://m.facebook.com/KaedahHaraki/ yang bertempat di Kamunting. Tidak rugi malah menguntungkan. Terima kasih Ustaz Zakaria kerana

LAWATAN PASCA UPSR 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kasih sayang-Nya jualah Jabatan Kokurikulum sekolah ini dapat menganjurkan Lawatan Pasca UPSR sempena meraikan murid-murid tahun enam yang bakal meninggalkan sekolah.  Lafaz kesyukuran dipanjatkan setinggi-tingginya jua, kerana program lawatan ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan murid dan ibu bapa.  Lawatan kali ini disertai oleh 20 orang murid tahun 6 dan 17 orang guru serta keluarga guru. Antara tempat yang dilawati ialah Ladang Teh Boh Bharat (Menghala ke Tapah), Ladang Strawberi, MARDI, KEA Farm dan Kebun Sayur Tanah Rata. Walaupun dilimpahi dengan kehujanan, tapi Alhamdulillah, lawatan diteruskan dengan aman, makmur dan selesa. Peserta yang menyertainya berasa puas dan amat memberangsangkan. Terima kasih semuanya.

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH LMS 2019 #BSN2019

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Alhamdulillah, kita lafazkan setinggi-tinggi rasa syukur dengan limpahan rahmat-Nya yang Maha Pengasih & Maha Penyayang. Bersyukur kita juga kerana pada hari ini kita diizinkan oleh Allah SWT menyempurnakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat LMS bagi tahun 2019. HSN kali ini merupakan penambahbaik oleh kerajaan yang "menjenamakan" semula serta ditambah baik kepada Bulan Sukan Negara (BSN). Bulan Oktober, merupakan BSN yang telah ditetapkan kerajaan. HSN adalah salah satu program yang memenuhi kehendak BSN untuk dilaksana di sekolah. Tahun ini, HSN di Peringkat LMS banyak mempertandingkan sukan aba d ke-21 seperti e-Sport, Mobile Lagend Challenge, Pertandingan Bayblade, Fun Run 5 KM, dan sebagainya.  SERI TAIPING telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai HSN kali ini. Antaranya Bayblade & Taekwondo. Alhamdulillah, ada beberapa orang murid yang berjaya menda

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2019 #MySportChallenge

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, hari yang sangat dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru. Mana tidaknya, fahaman mereka semuanya sama. HARI MAIN. 😀 Alhamdulillah, HSN Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kokurikulum dengan kerjasama semua guru, murid dan staf. Inilah yang sepatutnya diraikan. HSN Peringkat Sekolah tahun ini ditambah baik dengan melaksana beberapa permainan dalaman seperti Carrom, Sahibba, Catur, Bola Kertas, Luxor, Binggo, Dam Haji / Ular, Batu Seremban, Ceper & lain-lain. Para ibu bapa juga tidak lupa memberi 'bekalan' permainan untuk dimainkan oleh anak-anak mereka bersama kawan-kawan di sekolah. Nampaknya, mereka bukan sahaja diberi 'lampu hijau' daripada guru, malahan d