Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-14

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog SERI Taiping. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dan perkenanNya, dapatlah SERI Taiping mengadakan Temasya Sukan Tahunan Buat Kali Ke-14 sesi 2015 dengan jayanya. Lafaz terima kasih juga ditujukan khas buat semua Badan Guru dan Staf (BAGUS) SERI Taiping yang bertungkus-lumus menyipkan tugasan masing-masing demi menjayakan sukan tahunan pada kali ini baikpun sebelum, semasa dan selepas acara dipertandingkan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Perasmi, Tuan Haji Mohd Nasir bin Kamarudin, Pengarah YTP Perak, Tuan Haji Mustaffa bin Bakar, Pengerusi Jemaah Pengurusan SERI Taiping, Encik Khalid bin Abdul Azani, YDP BAKA, Tuan Haji Ab Rahman bin Abdullah, Guru Besar SERI Taiping, para hakim, ibubapa, sukarelawan dan pasukan BSMM SMK Taman Panglima, seterusnya para penaja dan  penyumbang yang tidak putus-putus melimpahkan sebahagian rezeki kepada anak didik SERI Tai

PROJEK TAHUN ENAM SELEPAS UPSR

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua peminat setia yang mengikuti laman blog SERI Taiping ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya, keizinan dan kerahmatan daripadaNya aktiviti di bawah naungan Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia RBT dan K. Hidup dapat disempurnakan dengan jayanya. Lafaz terima kasih ini ditujukan khas buat semua warga kelas  6 Abu Hurairah dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.  Di sini, admin akan ceritakan sedikit mengenai program lepasan UPSR yang dirangka pada tahun ini. Nama Projek : Cetakan Pada Fabrik Guru Penyelaras : Cikgu Amir Akhmal b. Baharin Sasaran : Semua Murid Tahun 6 Bahan Digunakan :  1. Kertas Cetakan 2. Printer Inkjet Colour 3. Kain 4. Seterika Anjuran : Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia KH Semua murid tahun 6 berjaya melaksanakannya dengan sukses. Mereka amat-amat berpuas hati dengan hasil tangan ciptaan mereka se