Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

KEM BSMM PERINGKAT NEGERI PERAK

Imej
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya program kokurikulum (Unit Beruniform) berjaya melabuhkan tirai . Kem BSMM Negeri Perak yang diadakan di Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar disertai oleh seluruh ahli BSMM di Negeri Perak. Kem kalini disertai seramai 420 orang dari seluruh pelusuk negeri. SERI Taiping menghantar 21 orang wakil dari tahun 4 - 6 . Alhamdulillah, sambutan yg amat menggalakkan.

SAMBUTAN HARI GURU 2016 "Guru Pembina Negara Bangsa"

Imej
"Guru Pembina Negara Bangsa" Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam kesempatan ini, mewakili sekolah dan Jabatan Kokurikulum, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2016 kepada seluruh warga pendidik SERI Taiping. Semoga dilimpahi keberkatan dari Ilahi untuk teruskan perjuangan mendidik anak bangsa supaya terus gemilang pada masa akan datang. Sambutan kali ini agak meriah kerana murid yang ramai, penambahan guru baharu, dan pelbagai sukaneka yang dijalankan mengikut organisasi seperti Lembaga Pengawas, Lembaga Pengawas Perpustakaan, Grup Tahun 6, Jabatan Kokurikulum dll. Antara acara yang dijalankan adalah balingan kasih sayang, acara pijak belon pihak lawan, balang beracun, teka peribahasa dan sesi karaoke.  Anugerah pada tahun ini ada lima. Antaranya : 1. Guru Paling Sporting : Cikgu Suzzana 2. Guru Paling Tegas : Cikgu Hamid 3. Guru Paling Bergaya : Cikgu Akma  4. Guru Paling Ceria : Cikgu Suzzana 5. Guru Paling Kreatif: Cikgu Noriza

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-15

Imej
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog SERI Taiping. Alhamdulillah segala penat lelah serta hasil keringat selama ini telah dimuktamadkan pada tarikh 14 Mei 2016 ini.  Segala usaha dan kerjasama membanting tulang untuk menjayakan sukan tahunan Ke-15 telah dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya. Temasya Sukan Kali Ke-15 Kali ini dibuat di SMK Darul Ridwan, Taiping dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Tuan Orang Besar Jajahan Larut, Matang &  Selama.  Sukan tahunan kali ini dimulakan tepat pada jam 8.00 Pagi dengan perarakan perbarisan daripada kontinjen-2 rumah sukan. Rumah sukan pada tahun ini telah diberi nafas baharu iaitu penjenamaan semula mengikut nama-nama tokoh pejuang Islam terdahulu sempena menyambut Sambutan Sukan Ke-15. Secara keseluruhannya, sukan pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang drastik kerana SERI Taiping banyak menyertai acara luar di peringkat-peringkat zon, negeri dan sebagainya. Sukan pada tahun i