Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

LAWATAN KE TERENGGANU & KELANTAN ANJURAN JAB. KOKURIKULUM DAN BAKA

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhdamdulillah. Berjaya juga akhirnya BAKA dengan kerjasama Jab. Kokurikulum menganjurkan lawatan Mahabbah di Terengganu dan Kelantan pada tahun ini. Seraya dengan itu, penglibatan daripada ibubapa juga dalam misi melawat kedua-dua negeri pantai timur itu turut berjaya dan amat menggalakkan.  Kami bertolak jam 10.30 malam pada 12/10/2018 dari SERI TAIPING terus menuju ke Terengganu. Lebih kurang 10 jam perjalanan, ki berhenti rehat di sebuah masjid di daerah Jertih, Terengganu. Kemudian terus ke Taman Tamadun Islam, River Cruise, Masjid Kristal serta Monumen TTI. Sehabisnya kami di sana, kami dibawa melawat ke De Arfa Batik, iaitu tempat pengeluaran batik Terengganu. Sesudah itu, tempat yang wajib dilawat mestilah di Pasar Payang. Banyak barang yang murah di sana. Jam 7.00 malam kami bergerak ke Kelantan. Dengan badan yang agak letih, jam 11.00 malam kami tiba di Wakaf Che Yeh, berhampiran dengan penginapan kami. Di

PERTANDINGAN TAEKWONDO (KYORUGI & POOMSE) SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2018

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, sejarah tercipta lagi dalam acara seni pertahanan diri, Taekwondo. Hari ini, sempena Hari Sukan Negara Peringkat Taiping SERI TAIPING menghantar beberapa orang murid memyertai pertandingan 'Sparring' dan 'Poomse' di Rakan Muda Kamunting. Mereka adalah : 1. Muhammad  2. Muhammad Naim Syahmie  3. Nur Imanina lnsyirah  4. Muhammad Faris Zulhilmi 5. Nur Iman Zafirah  6. Uwais Qarni  7. Muhammad Hafizuddin 8. Nur Madiha 9. Puteri Nurul Anyss Syakila Mereka telah mengharumkan nama sekolah dalam seni pertahanan diri ini serta aktif dalam bidang ini. Tahniah diucapkan kepada mereka serta ibubapa mereka kerana turut bersusah-payah memberi sokongan untuk anak-anak mereka. 

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Hari Sukan Negara. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan perkenan-Nya #hsn2018 peringkat sekolah bawah Jabatan Kokurikulum berjaya dilaksanakan. Lafaz sekalung terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan murid atas komitmen yang baik sepanjang #hsn2018 kali ini dilangsungkan. Untuk #hsn2018 ini, Jabatan Kokurikulum Seri Taiping menyediakan beberapa acara seperti Futsal Mini, Bola Jaring, Congkak, Karom, Ceper, Pingpong, Dam Haji, Catur, Badminton, Sepak Takraw, Sahibba dan sebagainya.  Tujuan #hsn2018 ini adalah untuk mengasuh serta mengasah bakat para murid serta mendokong aspirasi kerajaaan dalam memartabatkan semangat kesukanan seawal usia kanak-kanak lagi.  Mewakili sekolah dan pentadbiran, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana menyokong aktiviti sekolah dan menjadikan #hsn2018 sebagai acara tahunan dan wajib dipersembahkan saban tah