Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

KEM TAUTAN UKHWAH SIRI 1

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Bahagia dan Salam Ukhwah. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wabihi nasta'in. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya serta izinNya dapat kita selesaikan Kem Tautan (KEMTA) Ukhwah Siri 1 bagi tahun 2017. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Barisan Jawatankuasa Induk, PK Kokurikulum SERI Addiniah, Encik Saipoul Md Isa dan PK Kokurikulum SERI Mutiara, Encik Muhammad Izhar Salim. Tak lupa juga kepada 10 penggerak yang menjadi nadi prgoram melalui Ketua Fasilitator, Saudara Muhammad Amir bin Rahim. KEMTA adalah hasil perbincangan 3 PK Kokurikulum yang berpandangan bahawa ukhwah sesama sekolah-sekolah agama integrasi amat perlu lebih-lebih lagi dalam menuju negara yang semakin ke depan di hari muka. Ukhwah dalam kalangan guru sudah lama terjalin dan dibentuk melalui program-program dalaman seper

KUIZ ISRA' WAL MIKRAJ

Imej
Assalamaualaikum WBT dan Salam Israk Mikraj. Terlebih dahulu, diucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dan inyah-Nya Jabatan Addiniah telah dapat mengadakan Kuiz Israk Wal Mikraj bersempena sambutannya pada Isnin lalu, 24 April 2017. Kuiz diadakan pada waktu kokurikulum iaitu Rabu, 26 April 2017 yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Antara acara yang disediakan ialah kuiz tahap 2 dan kolaj masjid tahap 1. Pelbagai reaksi dan kerenah yang dapat dilihat semasa peristiwa ini berlangsung. Anak-anak SERI Taiping ini sememangnya mempunyai bakat yg terpendam dan berkebolehan untuk capai potensi dengan lebih cemerlang. Tahniah diucapkan!

TEMASYA SUKAN KALI KE-16

Imej
Bismillahiraahmanirahim.  Assalamualaikum WBT dan Salam Setia kepada semua pengunjung yang tak jemu-jemu memberi sokongan padu kepada SERI Taiping. Teka - teki rumah manakah yang bakal membawa pulang piala "pusingan" johan keseluruhan sudahpun terjawab. Rumah Ibnu Hibban tahun ini menjulang piala kemenangan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-muridnya, tak lupa pada guru-guru rumah sukan Ibnu Hibban. Temasya sukan kali ini dimulakan seawal jam 7.45 pagi. Pada mulanya, Encik Yusof bin Hj Ahmad selaku Penyelia Sukan PPD LMS yang bakal merasmikan Temasya Sukan ini, namun atas kekangan masa dan hal yang tak dapat dielakkan, tempat beliau terpaksa digantikan dengan Tn Hj Mustaffa bin Bakar, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah. Walau bagaimanapun, temasya kali ini dijalankan dengan baik sekali sun