Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

MAJLIS IHTIFAL SUKAN SEK. ABIM KEBANGSAAN (MISSAK) KE-19

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillahirabbila'alamin,  Wannabihi nasta'ain. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, MISSAK 19 yang bertuanrumahkan Negeri Perak telah dapat disempurnakan mengikut jadual. Pelbagai suka duka dan pahit manis serta nostalgia yang menyelubungi SERI TAIPING dalam mengharungi MISSAK '19 kali ini, lebih-lebih lagi ditambah pula dengan tugasan kami sebagai sebahagian tuan rumah yang turut membantu JK Pelaksana di Peringkat Negeri. MISSAK '19 yang mengangkat tema ' Memupuk Ukhwah, Mengembang Potensi, Menyemai Jiwa Ummatik ' ini telah berjaya mencapai matlamatnya serta rasional asalnya. Alhamdulillah. Inilah kejayaan kami 5 buah sekolah yang mengharungi ombak badai ini selama 7 bulan terdahulu. MISSAK '19 ini juga menonjolkan keunikannya yang tersendiri dengan menggabungkan 5 bua

MESYUARAT AGUNG BAKA KESEMBILAN

Imej
Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, hari ini Mesyuarat Agung Ke-9 dapat dilaksanakan mengikut jadual. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YB Senator Tuan lsmail b. Hj. Yusop, Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia.  Turut bersama, Tuan Haji Mustaffa b. Bakar, Pengerusi YTP Negeri Perak , Tuan Haji Mohd. Nizam b. Zainal Abidin, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah,  Saudara Mohd. Farhan b. Hassan, YDP ABIM Daerah Taiping, Tuan Haji Abd. Hamid bin Ali, Guru Besar SERI TAIPING selaku tuan rumah. Tahun ini, merupakan tahun kesembilan mesyuarat ini diadakan bertujuan mengimbas permasalahan yang dihadapi oleh guru,murid dan sebahagian ibu bapa. Tahun ini juga, adalah tahun pemilihan baharu untuk tempoh 2 tahun akan datang (2019-2021) bagi tempoh 1 penggal. Alhamdulillah. Tahun ini telah berubah pentadbiran ahli mesyuarat tertinggi yang memaparkan beberapa muka baru b

KEM BSMM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah. Tiada apa-apa lagi ucapan selain memuji-Nya, Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Tuhan yang berhak disembah. Merafak tanda  syukur ke Hadrat-Nya kerana Kem BSMM Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2019 telah menutup tirainya hari ini. Untuk rekod, SERI TAIPING telah memasuki tahun keenam penglibatannya sejak 2014 lalu. Pelbagai kisah suka duka dan kisah manis serta pahit sepanjang mengikuti BSMM ini. Untuk tahun ini, kem berlangsung di Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol daerah Kerian, Perak. Kem yang mengajarkan erti kesefahaman, kekeluargaan, kasih sayang serta bertanggungjawab ini sememangnya harus diteruskan kerana ia akan kekal relevan sampai bila-bila. Kem yang berlangsung sejak Jumaat, (8 Mac 2019) hingga hari ini Ahad (10 Mac 2019) memecah rekod pemyertaannya sejak 21 tahun lalu, iaitu sebanyak 500 orang dalam 9 daerah seluruh Perak. Tahniah Team BSMM Perak !!