Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

SELAMAT MAJU JAYA MURID TAHUN 5 DAN 6

Imej
Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu, admin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPKK, UPSR, SPRA, SEPAI, dan SERAI. Semoga dengan keberkatan dan kerajinan anda menghasilkan usaha yang baik.    Warga pendidik di SERI Taiping turut mengucapkan selamat menjawab dan menghadapi peperiksaan besar ini. Selamat Maju Jaya.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Imej
Assalamu'alaikum WBT  dan Salam Sehati Sejiwa. Bersempena dengan bulan Ogos ini, unit Kokurikulum SERI Taiping melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang di seluruh SERI Taiping. Alhamdulillah, hasilnya amat-amat memuaskan.    Sepanjang kempen bulan kebangsaan ini juga, turut diadakan ialah pertandingan melukis dan mewarna logo kategori tahap 2 manakala mewarna logo kategori tahap 1.    Pada bulan inilah, kita seharusnya menggalakkan murid-murid kita supaya kenal akan negara, mengenali tokoh-tokoh negarawan terulung, mengetahui sejarah pahit manis untuk menuntut kemerdekaan dari British.    Alhamdulillah, dengan bertemakan #sehatisejiwa ini, murid-murid dapat mengenali dan memahami erti kemerdekaan sebenar. Inilah objektif yang mahu dicapai melalui program-program kali ini. Program yang turut berlangsung ialah, Kategori Tahap 1: 1. Pertandingan Perhiasan Kelas dengan Jalur Gemilang 2. Pertandingan Mewarna  3. Pertandingan Menjawab Kuiz 4. Pertandingan Menulis Khat