Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

PERTANDINGAN TAEKWONDO (TERTUTUP) ANJURAN WTF MALAYSIA

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, SERI Taiping mencipta sejarah lagi apabila telah menghantar 4 wakil murid menyertai Pertandingan Taekwondo (Tertutup) WTF Malaysia yang diadakan di SK Taman Melawati, Kuala Lumpur. Pertandingan ini melibatkan persatuan WTF Malaysia sahaja yang dibenarkan terlibat. Murid SERI Taiping khususnya yang telah mencapai tahap tali pinggang kuning dan biru berjaya dengan pencapaian gemilang di sana. Tetapi sayang, admin tidak dapat hadir untuk memberi sokongan kerana tarikh 26 November 2017 itu majlis walimatul urus admin di sebelah pihak perempuan. Hanya iringan doa dan sokongan padu guru-guru menguatkan pasukan SERI Taiping, insya Allah.  Mewakili sekolah, admin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Sir Jivakumar, Sir Syamsul dan Miss Evy kerana berjaya menghasilkan murid kami dari sekecil-kecil semut, kini gah membesar seperti sang helang nusantara. Tidak lupa juga kepada ibu bapa & murid-murid yang tak jemu-jemu memberi s

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS & MAJLIS GRADUASI TAHUN 6

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid. Manakan tidak, hari makan secara besar-besaran ! Ya.. hari ini merupakan jamuan akhir tahun semua kelas. Jamuan ini disambut bagi meraikan anak-anak yang telah penat lelah memikul tanggungjawab sebagai pelajar dengan menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Hari ini juga berlangsungnya penyampaian slip keputusan UPSR 2017 bagi anak-anak tahun 6. Alhamdulillah. Keputusan UPSR tahun ini memberangsangkan. 100% lulus semua subjek. Slip keputusan disampaikan oleh Guru Besar, Tn Hj Abdul Hamid bin Ali diiringi oleh Penolong Kanan HEM, Puan Lizawati bt Shari. Majlis ini trut diserikan oleh bekas pelajar yang juga merupakan pelajar cemerlang UPSR 5A (2015) Adik Mohd Farhan bin Mohd Fazil yang memberikan beberapa ucapan semangat pada anak-anak tahun 6. Jamuan ini juga diselangi de

IHTIFAL SEKOLAH KE 17, 2017

Imej
Assalamualaikum WBT. Salam hormat. Alhamdulillah, segala jerih payah guru-guru SERI TAIPING terubat dengan berakhirnya Majlis Ihtifal Sekolah Kali Ke-17 ini.  Dalam ihtifal ini, sekolah mengiktiraf bagi mana-mana murid yang cemerlang sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah.  Majlis kali ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi di dewan dan dirasmikan oleh Encik Iqbal Shah bin Abdul Ghaffore, Ketua Kampung Mukim Assam Kumbang. Turut hadir, Tn Hj Mustaffa b. Bakar, Pengerusi YTP Negeri Perak, Tn. Hj. Mohd Nizam b. Zainal Abidin, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah dan bagi pihak tuan rumah, Tn. Hj. Abdul Hamid b. Ali, Guru Besar SERI TAIPING. Majlis penyampaian hadiah kali ini turut mengiktiraf beberapa orang murid yang menjalani ujian pencapaian tali pinggang "penggredan" Uniform Taekwondo yang dijalankan bulan Ogos