Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

SEPAK TAKRAW MSSD LMS 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Fuhhh ! Dramatik ! Penuh ceritera ! Alhamdulillah, syukur setinggi-tinggi ke hadrat Allah SWT kerana Perlawanan Sepak Takraw Daerah MSSD 2019 Sekolah Rendah mempunyai 1001 cerita tersendiri. SERI TAIPING buat PERTAMA KALINYA menyertai sukan sepak takraw ini di peringkat Daerah LMS telah mencipta 'sejarah' yang begitu membanggakan. Syukur dirafakkan kepada Allah SWT kerana SERI TAIPING yang julung kalinya menyertai pertandingan ini dapat menembusi ke SUKU AKHIR. Pencapaian membanggakan ini bukan sahaja mengembirakan guru penasihat, malah murid itu sendiri. Daerah LMS yang dianggotai lebih 200 buah sekolah telah disaring menjadi 8 buah sekolah di peringkat suku akhir. Pencapaian 'menggerunkan' ini turut 'membuka mata' sekolah-sekolah lain yang turut serta. Pada peringkat Liga, keputusan SERI TAIPING ialah:  SERI vs SK Asam Kumbang  (21-18) SERI vs SK Tmn. Panglima  (21-16) SERI

KEM AMALI WUDUK SIRI 1 ANJURAN JAB. ADDINIAH

Imej
Asalamualaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya, Jabatan Addiniah hari ini telah menyelesaikan satu program yang sangat bermanfaat; iaitu Kem Amali Wuduk Siri 1 untuk para murid tahap satu. Hari ini, seawal jam 8.00 pagi, anak-anak tahap 1 ini berkumpul bagi mengambil tempat dan pecahan kumpulan yang telah disediakan. Jam 8.30 pagi, program bermula dengan minum pagi serta disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada penyelaras, Puan Noor Addri Suzzana bt. Mohd. Adnan selaku Pen. Kanan Addiniah & merupakan 'orang kuat' dalam program ini. Selesai saja minum pagi, semua murid dibawa ke dalam surau untuk ditayangkan video 'Cara-Cara Mengambil Wuduk Dengan Betul' oleh grafik animasi, Upin & lpin. Murid terus didedahkan dengan amali secara lisan sehingga jam 10.30 pagi serta disusuli dengan kuiz 'Smart Wuduk'. Jam 11.00 pagi, murid terus dibawa

KEJOHANAN BADMINTON DAN BOLA JARING MSSD

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan rahmat-Nya SERI TAIPING mengorak selangkah demi selangkah dari tahun ke tahun. Tahun ini, dengan sokongan serta komitmen daripada ibu bapa serta pentadbir sekolah, SERI TAIPING cuba nasib dalam sukan Bola Jaring. Tujuannya untuk memberi pengalaman serta mendedahkan struktur serta corak permainan melalui kaedah sebenar yang standard. Pasukan Bola Jaring yang dipimpin oleh Cik Nurul Husna bt Abu Bakar selaku pengurus serta dibantu oleh Pn. Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan dan Puan Lizawati bt Shari. Latihan demi latihan, cabaran demi cabaran serta usaha yang ditonjolkan bukan sahaja membuahkan hasil, malah memberi 'suasana' baharu dalam carta penstrukturan permainan/sukan sekolah. Hari yang sama juga, berlangsungnya Perlawanan Badminton MSSD di SJK (C) Hua Lian 1, Aulong yang diurus oleh Setiausaha Kokurikulum, Cik Asmah bt. Abdul Khalib.

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH LARUT MATANG & SELAMA 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Bersyukur rahmat kepada yang Maha Mencipta kerana dengan taufiq serta hidayah-Nya, SERI TAIPING tidak lepas menyertai Merentas Desa Peringkat Daerah LMS bagi tahun 2019 yang merupakan acara sulung peringkat LMS. Terima kasih kepada Cikgu Norain binti Ahmad serta ibubapa para peserta yang memberi sepenuh komitmen yang tidak berbelah bahagi demi memartabatkan agenda 'Kokurikulum Aktifkan Modal Insan' yang telah sekian lama digazetkan. Larian seumpama ini mengambil kira tahap kelajuan serta kemampuan anak-anak ini berlari dengan jarak yang jauh serta mengambil masa yang panjang. Merentas Desa adalah salah satu aktiviti yang paling digemari oleh murid kerana ia bukan sahaja melibatkan kecergasan badan, malah kecerdasan otak juga diambil kira. Alhamdulillah, program dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari. Moga-moga pengalaman merentas desa kali ini dapat memupuk semangat perpaduan serta