Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

MESYUARAT AGUNG BAKA KE-8

Imej
Assalamualaikum WBT. Merafak sembah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya Mesyuarat Agung BAKA Ke-8 dapat dijayakan. BAKA merupakan akronim kepada Badan Kebajikan & Keluarga ABIM yang bergerak sebagai badan bebas mewakili ibu bapa / penjaga, guru dan Jemaah Pengurusan. BAKA juga lebih kepada sikap "jemaah tertumpu" yang mana ia sebenarnya tidak berpihak kepada mana-mana tekanan. Untuk mesyuarat kali ini, tidak banyak isu yang dibangkitkan. Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua apa jua persoalan yang dibangkitkan dapat dijawab dengan profesional oleh pihak sekolah. Majlis sepatutnya dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd. Izzat bin Ahmed, Pegawai Tadbir Agama Daerah Taiping, tetapi di saat akhir PTA Daerah Taiping berkenaan tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang lebih mustahak. Oleh sebab itu, beliau meminta Ustaz Ishak selaku Penyelia KAFA Daerah Taiping mewakili beliau. Majlis dimulakan tepa

PERTANDINGAN CATUR ZON TAIPING MSSD LMS 2018

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, SERI Taiping buat julung-julung kalinya menyertai Pertandingan Catur Zon Taiping (MSSD LMS) bagi tahun 2018. Sebelum-sebelum ini, dalam pertandingan catur, SERI Taiping hanya menerima jemputan daripada pihak-pihak luar secara terbuka. Bezanya kali ini, SERI Taiping menghantar 8 orang wakil melalui kategori perempuan tahap 2 dan kategori lelaki tahap 2, yang diwakili oleh murid tahun 4 dan tahun 5. Pertandingan diadakan di SJK (C) Pokok Assam, Taiping tepat jam 11.00 pagi. Murid diadili dengan 5 orang arbiter yang terdiri daripada golongan profesional. Pertandingan diadakan dengan 6 pusingan dan berakhir pada jam 4.00 petang.  Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa murid-murid berkenaan kerana memberi ruang kepada mereka merasai pengalaman "tournament" selain di sekolah. Sekurang-kurangnya, dengan pendedahan ini membuatkan mereka lebih bersemangat untuk maju ke hadapan dan mungkin bertanding di

IHTIFAL (AKADEMIK) KEBANGSAAN YTP-ABIM KALI KE-18

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, kami guru-guru di SERI TAIPING boleh menarik nafas lega seketika kerana Majlis Ihtifal (Akademik) Kebangsaan Ke-18 anjuran Yayasan Takmir Pendidikan telah melabuhkan tirainya semalam. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan kami menguruskan anak-anak ini dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang tidak diingini.  Ihtifal kali ini membuktikan bahawa bidang kokorikulum (K-Akademik) ini juga mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa dan murid. Tahun ini kami memecah lagi rekod dengan menghantar 19 orang murid yang mengambil bahagian dalam acara Nasyid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Sajak, Menulis Khat, Azan, Mewarna dan Syarahan Bahasa Inggeris. Alhamdulillah. Usaha yang jitu pastinya membuahkan hasil. SERI Taiping menggondol gelaran juara dalam acara Tilawah Al Quran (Kategori Perempuan Tahap 2), Ke-3 acara Sajak (Kategori Perempuan Tahap 2) dan Ke-3 acara Syarahan Bahasa Inggeris (Kategori Lela

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS

Imej
Assalamualaikum.  Berlangsungnya hari ini, taklimat akademik subjek Bahasa Inggeris anjuran Student Excellent Programme (SEP) di sekolah. Program yang berjalan selama dua jam ini dikendalikan oleh Puan Azlina bt Khamis. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Terima kasih juga kepada Badan Kebajikan dan Keluarga ABIM (BAKA) kerana menaja makanan untuk murid yang menyertainya. Tak lupa kepada Puan Zuraida kerana bertungkus-lumus hingga berhasil program ini.

PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA SYED AHMAD 2018

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Pertandingan bola sepak Piala Syed Ahmad yang dianjurkan oleh PAFA Negeri Perak, RTM dan lain-lain lagi membuka tirainya. Partandingan yang julung kalinya diadakan ini telah mencipta 'rekod' baharu dengan penyertaan sebanyak 46 pasukan Bawah 12 Tahun, sementara 38 pasukan kategori Terbuka. Alhamdulillah,dalam perlawanan antara kumpulan yang pertama, SERI JUNIOR FC menyamai kedudukan mata iaitu seri 0-0 sementara yang kedua menentang Red Dragon dari KL dengan nasib yang kurang baik. Dengan mata seri itulah, SERI JUNIOR FC mendapat tempat ke pusingan kedua iaitu kalah-mati. Memadai dengan hasil usaha mereka, yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk pertandingan ini.  Sebagai orang yang bertanggungjawab mengendali sukan dan kokurikulum sekolah, saya berasa bangga dan amat optimis dengan penyertaan kali ini. Bukan apa, jangan kita men