Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

LAWATAN DARI TASKI ABIM AL HIDAYAH, SELAMA PERAK

Imej
Assalamualaikum WBT. Pertamanya, kami warga SERI TAIPING merafakkan sembah kesyukuran kepada Allah SWT kerana perjalanan Lawatan TASKI AL Hidayah ke sekolah kami diizinkan-Nya. Kami seluruh warga SERI TAIPING amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan jemaah pengurusan TASKI ABIM Al Hidayah. Rombongan diketuai oleh Guru Besar TASKI AL HIDAYAH, selaku ketua kontinjen. Rombongan tiba ke SERI TAIPING pada jam 10.00 pagi dan terus dihidangkan dengan persembahan silat, taekwondo dan Nasyid. Sementara ibu bapa dan para tetamu yang lain diberi taklimat pengurusan sekolah, pentadbiran, pelaksanaan dan pembangunan kokurikulum di dalam dewan. Mewakili sekolah dan para staf, ampun dan maaf andai ada sebarang kelakuan buruk, ketidakselesaan dan kekurangan fasiliti. Kami berdoa agar layanan kami sepanjang program ini member

LARIAN KOPERASI PERAK KE-5 TAHUN 2018

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Sayangi Malaysiaku. Alhamdulilah, hari ini selesai acara tahunan anjuran Koperasi Perak, Larian Koperasi Perak ke-5 bagi tahun 2018 berjaya dijalankan mengikut jadual. i Sebanyak 46 orang murid mewakili SERI TAIPING pada tahun ini. Program tahunan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh murid-murid kerana bukan sahaja mencungkil bakat, malah mensejahtera kesihatan dari segi fizikal dan mental murid. Program dijalankan di Padang Esplaned sedari jam 6.30 pagi dan tamat jam 11.00 pagi. Secara keseluruhannya, SERI TAIPING amat berpuas hati tentang penyertaan kali ini.  Syabas anak-anak SERI TAIPING ! "KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"