Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

LARIAN MERDEKA KOPERASI PERAK 2015

Imej
Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, bersempena dengan trend untuk menggerakkan kokurikulum dalam berpersatuan, SERI Taiping mengambil inisiatif untuk memasuki larian marathon anjuran Koperasi Perak dan KPDNKK. SERI Taiping juga amat berpuas hati dan berterima kasih kepada semua ibu bapa murid yang terlibat dalam usaha memartabatkan kokurikulum dalam pembangunan modal insan. SERI Taiping dengan bangganya dapat mencorakkan kokurikulum dalam setiap acara yang bakal dipertandingkan dalam daerah LMS.  Tahniah kepada lapan peserta mewakili SERI Taiping.

LAWATAN GURU KE CAMARON HIGHLANDS

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, guru-guru SERI Taiping diberi peluang untuk melawat bumi Pahang yang dingin iaitu ke Camaron Highlands.  Kami bertolak dari sekolah jam 7.15 pagi dan tiba di Sg. Perak pada jam 9.00 pagi untuk bersarapan. Seterusnya kami lajak ke Tanah Rata untuk melawat ladang MARDI. Dari MARDI kami ke ladang sayur dan buah. Dari sana pula kami terus ke ladang teh boh. Dari sana, kami pulang semula ke Bandar Warisan.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

Imej
Assalamu'alaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bersyukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana dengan izinNya serta inayahNya dapatlah SERI Taiping menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bersempena bulan kebangsaan peringkat sekolah 2015. Majlis penyerahan hadiah dan sijil ini disempurnakan oleh Puan Lizawati bt. Shari,  Pen. Kanan HEM, Ustaz Hj. Mohd. Said bin Abu Bakar, Ketua Panitia B. Arab dan Tuan Haji Ab. Rahman bin Abdullah, Guru Besar SERI Taiping. Senarai pemenang adalah seperti berikut ; Kategori Tahap 1 Pemenang Kuiz Tahun 1 :  Nur Darwisyah, Fauzan Ihsan, Mohd Ibrahim, Aiman Naqiuddin dan Syifa Mawaddah Pemenang Kuiz Tahun 2: Anati Balqis, Amer Mukmin, Farhana Batrisya, Mohd Fadhli Khan dan Ukasyah Pemenang Kuiz Tahun 3 : Khairunnisa Auni, Muhd Faizi, Abdul Hannan Ashraf dan Nur Syahidah Pemenang Pertandingan Mewarna Logo; Tahun 1: Muhammad Akif Imran Tahun 2: Nur Aina Syoffiyyah Tahun 3: Muhammad Faizi Kategori Tahap 2