KEJOHANAN BADMINTON DAN BOLA JARING MSSD

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan rahmat-Nya SERI TAIPING mengorak selangkah demi selangkah dari tahun ke tahun.

Tahun ini, dengan sokongan serta komitmen daripada ibu bapa serta pentadbir sekolah, SERI TAIPING cuba nasib dalam sukan Bola Jaring. Tujuannya untuk memberi pengalaman serta mendedahkan struktur serta corak permainan melalui kaedah sebenar yang standard.












Pasukan Bola Jaring yang dipimpin oleh Cik Nurul Husna bt Abu Bakar selaku pengurus serta dibantu oleh Pn. Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan dan Puan Lizawati bt Shari. Latihan demi latihan, cabaran demi cabaran serta usaha yang ditonjolkan bukan sahaja membuahkan hasil, malah memberi 'suasana' baharu dalam carta penstrukturan permainan/sukan sekolah.








Hari yang sama juga, berlangsungnya Perlawanan Badminton MSSD di SJK (C) Hua Lian 1, Aulong yang diurus oleh Setiausaha Kokurikulum, Cik Asmah bt. Abdul Khalib. Untuk badminton, SERI TAIPING yang diwakili empat orang pelajar lelaki berjaya menjuarai satu pusingan. Itu merupakan satu percubaan serta pengalaman yang baik bagi SERI TAIPING yang 'kerdil' ini.

Tahniah diucapkan kepada murid, guru, ibu bapa serta pentadbir sekolah yang telah berusaha 'menembusi' MSSD bagi tahun 2019. Moga-moga tahun 2019 mencipta satu lagi 'sejarah ulung' yang bakal didokumentasikan untuk tatapan generasi akan datang, lnsya-Allah.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH