Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

#QURANHOURS PERINGKAT SEKOLAH & JPN PERAK

Imej
Assalamualaikum WBT. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saranan Kerajaan Negeri Perak yang menganjurkan #QuranHour seluruh negeri telah berjaya dianjurkan. Alhamdulilah, Jabatan Addiniah memandang serius perkara ini lantas terus menyusun aturcara bagi menjadikan program ini terlaksana. Bagi SERI TAIPING, kami memilih jam 2.30 petang untuk melaksana #QuranHour ini. Alhamdulilah, #QuranHour mendapat penyertaan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan #QuranHour ini. Semoga dilimpahkan rahmah dan berkah ke atas program ini. Insya Allah.

MAJLIS MOHON RESTU 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Berpuput - puput si angin bayu  Beralih arah membawa ke Pekan Selesailah sudah mohon restu Perjuangan diteruskan minggu hadapan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah dan limpah kurnia-Nya Majlis Mohon Restu untuk pelajar tahun 5,6 telah berjaya dilaksana mengikut susunan tentatif yang direncanakan. Program saban tahun ini yang dianjurkan oleh Jabatan Kurikulum dan Jabatan Addiniah ini bertujuan untuk memberi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan di samping memberi sokongan berterusan daripada pihak sekolah. Di samping itu, ia juga dapat menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru serta membina hubungan erat sesama pelajar dan guru supaya berlapang dada menjelang peperiksaan UPSR, UPKK, SPRA, SRAI & SPI. Program dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu