Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Selesai Tahun Baru Cina, sekolah hari ini menyempurnakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah 2016 . Lembaga ini dianggotai oleh dua orang guru penasihat iaitu Puan Noor Addri Suzzana binti Mohd Adnan dan Puan Siti Salwa binti Hadzir@Hathir. Mewakili murid, tahun ini Muhammad Azham bin Azizul telah dipilih menjadi ketua  pengawas sekali gus diamanahkan menjadi ketua murid.  Majlis disempurnakan mengikut jadual. Kali ini, majlis disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Lizawati binti Shari. Beliau mengalungkan kad pengawas kepada semua barisan lembaga pengawas serta menganugerahi mereka sekeping watikah pelantikan. Pelantikan kali ini agak berbeza sedikit kerana pengawas diberikan kad pengawas untuk menaiktarafkan tahap pengawasan itu sendiri. Mereka seolah-olah menerima tanggungjawab dan menggalas amanah itu dengan penuh kesyukuran. Majlis seterusnya berlangsung denga

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH 2015

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Bahagia. Setelah berminggu-minggu berlatih, berhempas-pulas membuat persiapan, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015 berjaya diadakan di Dewan Utama SERI Al-Ummah, Taiping pada 31 Januari 2016. Majlis ini dihadiri oleh semua guru, penerima-penerima anugerah dan para ibu bapa yang turut memberi sokongan dan dokongan padu terhadap sekolah. Majlis kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Arif bin Sa'aya, Ketua Pegawai Bahagian Jaminan Kualiti Yayasan Takmir Negeri Perak dan dihadiri oleh dif-dif kehormat yang lain seperti YDP BAKA, Encik Khalid bin Azani dan Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Mustaffa bin Bakar . Majlis ini menyaksikan 75 penerima anugerah pencapaian akademik terbaik, sahsiah terbaik, anugerah terbilang 8A UPKK dan 5A UPSR, kehadiran penuh 100% , kebersihan kelas terbaik dan tokoh kokurikulum. Semua penerima yang terdiri daripa