Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

UBAHSUAI SERTA TAMBAHBAIK INFRASTRUKTUR & PRASARANA SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan. Alhamdulillah, pada musim cuti semester akhir tahun 2016 kali ini, sekolah sekali lagi memanfaatkan masa yang ada ini untuk menambah baik pembangunan infrastruktur dan prasarana sekolah. Penambahbaikan ini bertujuan menampung kemasukan murid - murid baharu menjelang sesi persekolahan 2017. Kemasukan kali ini begitu mendadak kerana jumlah capaian pada masa ini adalah sebanyak 25 % meningkat berbanding daripada tahun - tahun sebelumnya. Ibubapa kini lebih utamakan pendidikan bersepadu yang berteraskan Addiniah dan Akademik. Seiring dengan itu, pemantapan dalam sahsiah dan bidang kokurikulum tidak ketinggalan. Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak dan Yayasan Takmir Pendidikan dititikberatkan dalam sekolah ini.  Untuk makluman, murid - murid yang akan menjalankan sesi PdP pada tahun 2017 adalah sebanyak 215 orang, guru - guru yang diamanahkan pula adalah sebanyak 16 orang.

KOKURIKULUM DAN TAHUN ENAM 2016

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemilik arasy yang tiada penyudah, saya mewakili sekolah, berungkap kepiluan dan kesedihan pada hari terakhir sesi persekolahan 2016,  semoga beroleh segala magh’firah. Semoga kalian semua sentiasa beroleh riayah dan inayah daripada Allah Subhanawa Taala, dalam mendayakan kudrat, demi melatakan manfaat buat kesejahteraan seluruh umat serta ibubapa beroleh berkat. Sebagai salah seorang yang  mengemudi bahtera pentadbiran sekolah, beberapa inisiatif pelaksanaan kokurikulum telah diambil bagi menyuburkan minda dan kolektetif murid dalam merencanakan 1Murid 1Sukan. Arakian sebaik mana rencana dilaksana, jerih payah terhadap usaha ini agar warga sejahtera dan berdaya saing, makin terasa. Simbolik positif dan rentetan ibubapa terhadap usaha ini, tidak pernah lekang dihebahkan. Tambahan pula mudahnya penyebaran melalui perkakas yang kini boleh diatur di tapak tangan. Perkataan-perkataan positif yang dicipta,  mewuju

MAJLIS IHTIFAL - ANUGERAH KECEMERLANGAN 2016

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Bahagia. Alhamdulillah, berkat usaha murni, kerjasama dan satu - padu guru-guru SERI Taiping, Majlis Ihtifal 2016 berjaya juga dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan. Majlis Ihtifal kali ini menyaksikan 55 orang penerima anugerah pada tahun ini meliputi kecemerlangan akademik, KAFA, ABIM, Kehadiran Penuh, Sahsiah, Kelas Terbersih dan Kecemerlangan Keseluruhan Kokurikulum. Penerima-penerima anugerah ini terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6  yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang pada masa akan datang. Murid-murid ini diberi pengiktirafan melalui aspek akademik, agama, keterampilan, identiti, kematangan moral, sahsiah, Sukan dan Kokurikulum dan tak lupa aspek sosial. Majlis kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Nasir  bin Kamaruddin, Pengerusi YTP Negeri Perak merangkap Setiausaha WADAH Malaysia. Majlis dimulakan tepat jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi. Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.