Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

WALL CLIMBING CHALLENGE

Imej
Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Anak-anak SERI Taiping yang berani hari ini, menyahut cabaran Wall Climbing di Kompleks Rakan Muda Kamunting.  Mereka terdiri daripada: 1. Nashriel Nasrullah Mohd Azmi (11) 2. Khairul Adam Hafiey Khairudin (9) 3. Khairul Ashraf Hilfie Khairudin (11) 4. Imanina Insyirah Abd Rahman (11) 5. Muhammad Anas Omar (8) Cabaran ini juga disokong penuh oleh ibubapa mereka bagi melahirkan generasi mereka yg kuat, gagah, berani dan matang. Dengan kerjasama Persekutuan Sukan Mendaki Perak (PSMP), anak-anak SERI Taiping didedahkan juga dengan pelbagai risiko mendaki dengan cara yang betul. Melalui prgoram ini, semangat anak-anak SERI Taiping melalui cabaran pendakian dapat digilap seterusnya boleh dicungkil bakatnya melalui program-program akan datang. Tahniah ibu bapa yang datang memberi sokongan. Teruskan usaha mantap ini agar SERI Taiping terus gemilang dan menjadi oasis di tengah-tengah ketidaktentuan glo

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD LMS 2018

Imej
Assalamualaikum WBT,  Salam Sukan dan  Salam 1M1S. Hari ini, 1 lagi detik bersejarah SERI Taiping melangkah setapak lagi dalam kamus sukan & kokurikulum sekolah. Keletihan, kepayahan, kemurungan, kerisauan murid hari ini terbukti dengan hasil usaha cikgu-cikgu sebagai jurulatih utama. SERI Taiping setelah "menempa" nama di bahagian sukan & kokurikulum MSSD Larut Matang & Selama, nama SERI Taiping terus "menggila" ibarat badai yang menghentam. Tahun ini merupakan titik permulaan SERI Taiping untuk terus bangun dari mimpi yang lena. Walau dengan apa cara sekalipun, SERI Taiping yang tersanjung indah ini akan kami buktikan di persada dan seluruh pelusuk. Tak kira apa jua badai menghentam, kapal telah dilayarkan, sauh telah ditabuh-tabuhkan, pantang SERI TAIPING BERBALIK PULANG ! Acara Balapan dan Padang peringkat zon hari ini merupakan detik permulaan kebangkitan kami dalam arena sukan sejak SERI Taiping ditub

PERLAWANAN BADMINTON MSSD

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, 4 orang murid tahun 6 mewakili SERI Taiping berentap di Majlis Sukan-sukan Daerah LMS yang dijalankan di SJK (C) Hwa Lian 3, Kg. Jambu Taiping. 4 orang murid ini telah melalui sesi latihan berturut-turut selama 2 minggu. Kelab Badminton dikendalikan oleh Puan Noriza bt Abd Rahman dan Puan Sumiaton Kamari. Murid yang menyertainya ialah Muhammad Afiq Marwan, Wan Muhd Rasydan, Nur Elyani dan Nur Iman Jannah.  Pertandingan bermula sedarri jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang. 2 orang murid telah melayakkan diri ke suku akhir esok. Insya Allah. Sama-sama kita doakan mereka agar menemui kejayaan untuk mengharumkan nama SERI Taiping.

CATUR TERBUKA ANJURAN PERSEKUTUAN CATUR NEGERI PERAK

Imej
Assalamualaikum WBT.  Pertandingan Catur (Terbuka) yang julung-julung dikendalikan oleh Persekutuan Catur Perak disertai oleh lebih 200 orang terdiri daripada murid bawah 12 tahun , bawah 17 tahun dan terbuka atas 18 tahun. Penyertaan pertandingan ini jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan pertandingan-pertandingan sebelum ini. Hal ini kerana pertandingan yang diadakan hari ini dianjurkan oleh Persekutuan Catur Perak dengan kerjasama Kolej Komuniti Taiping. Kali ini, SERI Taiping menghantar 10 orang wakil terdiri daripada seorang tahun 1, seorang tahun 2, 4 orang tahun 3, 3 orang tahun 6. Penyertaan kali ini amat menggalakkan berikutan pelaksana yang lebih terbuka dan banyak mendapat sponsor daripada agensi-agensi luar sama ada kerajaan mahupun swasta. Program dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Program turut dihadiri oleh 2 orang guru penasihat catur, Puan Nurul Akma Razak & Puan Siti Salwa Hadzir.

SESI LATIHAN AKADEMI TUNAS PERAK, TAEKWONDO DAN SILAT YANG PERTAMA

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, SERI Taiping melaksanakan beberapa atur acara rancak yang melibatkan para murid tahun 3-6. 1. Sesi Latihan Akademi Tunas Perak dengan kerjasama PAFA Negeri Perak Atas usaha memantapkan pembangunan kokurikulum sekolah, sesi latihan ini diadakan bagi mencapai tahap cemerlang untuk terus maju dalam arena sukan  bolasepak. Akademi Tunas Perak merupakan usaha mencari pelapis pemain bolasepak dalam kalangan pelajar tahun 1 hingga ke tahun 6. Akademi ini berupaya mengasah serta menggilap bakat pemain-pemain ini dari segi taktikal, teknikal, peraturan dan sebagainya. Kerjasama antara dua pihak ini membolehkan SERI Taiping berupaya "memecah tradisi" sejak sekian lama ditubuhkan. 2. Sesi Latihan Silat Lincah (PESAKA) Silat di SERI Taiping merupakan satu monumen baru bagi memantapkan usaha Jabatan Kokurikulum bagi mengasah bakat murid dari aspek pertahanan diri. Silat di bawah Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) ini dik