Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

KEM MOTIVASI DAN PENINGKATAN DIRI MURID-MURID TAHAP II

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Tahniah kepada murid-murid tahap dua SERI Taiping yang telah menghabiskan masa bersama program sekolah yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum. SERI Taiping menganjurkan Kem Motivasi & Kepemimpinan untuk murid-murid tahap dua yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun, peperiksaan awam dan lain-lain. Kem dimulakan pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 di Kampung Repoh, Batu Kurau Perak. Kem yang disertai hampir 40 orang murid ini mendapat galakan dan bimbingan terutamanya dari aspek perpaduan, kerjasama, keeratan hubungan dan ukhwah sesama guru dan murid. Hari pertama, kem dimulakan dengan minum pagi pada jam 10.30 pagi. Pada pukul 11.00 pagi, Cikgu Shahrul mengambil alih tugasan menyemarakkan semangat murid. Murid berhenti rehat, makan tengahari dan solat zohor pada jam 1.00 - 2.30 petang. Program berikutnya diambil alih pula oleh Puan Suzzana dengan tajuk Sirah Rasulullah SAW, diikuti dengan protokol Bahasa Arab yang

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN MURID-MURID UPSR,UPKK, SRAI, SPI DAN SPRA

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, hari Khamis, 18 Ogos 2016 dapatlah jua diadakan Majlis Bacaan Yasin untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan besar. Lafaz terima kasih diucapkan kepada semua guru, para ibubapa serta penyumbang-penyumbang yang turut bersama-sama menjayakan program kali ini.  Majlis ini bertujuan mendoakan kejayaan anak-anak SERI TAIPING yang bakal menduduki peperiksaan awam oleh KPM dan JAKIM. Program bermula dari jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Mewakili sekolah, saya mengucapkan  Terima kasih Dan Selamat Maju Jaya.

LARIAN MERDEKA ANJURAN KOPERASI PERAK 2016

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59, SERI Taiping tidak ketinggalan menyambut dan menerima pelbagai aktiviti luar yang tak kurang hebat sambutannya. Tahun ini, SERI Taiping menghantar 13 orang atlet untuk menyertai Larian Merdeka Anjuran Koperasi Perak yang diadakan di Taiping. Larian yang disertai oleh 450 orang murid lelaki sekolah rendah, 211 orang murid perempuan sekolah rendah, 391 orang murid lelaki sekolah menengah, 118 orang murid perempuan sekolah menengah. Lelaki terbuka dan perempuan terbuka secara total adalah sebanyak 456 orang. Program ini dimulakan pada jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pada tahun ini, seorang atlet mendapat tempat ke-30 kategori bawah 12 tahun lelaki sekolah rendah. Alhamdulillah, slogan "Kokurikulum Aktifkan Modal Insan" menjadi asas pemerkasaan SERI Taiping.  Larian raksasa ini secara amnya melibatkan lebih 3000 orang peserta meliputi semua kategori.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog sekolah ini. Bersempena bulan kemerdekaan yang telah menerbit hari ini, pihak sekolah juga tidak mahu ketinggalan untuk melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan yang ke-59. SERI Taiping hari ini telah melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-59. Pelancaran dibuat oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali, Guru Besar SERI Taiping. Pelancaran bermula dengan gimik memotong riben banting yang tertera tulisan "Sambutan Bulan Kemerdekaan". Kemudian, Guru Besar melaungkan perkataan "MERDEKA" sebanyak tiga kali.  Murid-murid dan para guru menyambut laungan itu bersama-sama. Mereka turut merasakan kenikmatan merdeka yang dikecapi hari ini. Selesai itu, kuiz kemerdekaan turut diutarakan pada perhimpunan kali ini oleh GPK Kokurikulum, Encik Amir Akhmal bin Baharin. Kemudian, lagu "Saya Anak Malaysia" turut didendangkan. Terima kasih kepada semua guru, murid-murid dan semua