Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

IFTAR JAMAIE DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN 1440H / 2019M

Imej
Assalamualaikum WBT,  Salam 18 Ramadan 1440H. Alhamdulillah, merafak sembah takzim dan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia-Nya, inayah-Nya jualah Majlis Iftar Jamaie serta Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah dapat dilaksanakan mengikut jadual direncana. Sesungguhnya, jika tiada ikatan kasih mesra sesama guru dan jalinan ukhwah bersama ibu bapa, program seumpama ini tidak akan dapat dilaksana sejaja dengan objektif yang telah didrafkan. Program yang saban tahun diadakan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama guru dan murid, malah turut mengeratkan silaturahim antara guru-guru SERI dan TASKI, Ibubapa SERI dan agensi-agensi ABIM Daerah Taiping khususnya. Selaku pengemudi majlis, Puan Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan yang merupakan PK Addiniah telah banyak menyumbang masa