Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Hormat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Unit Kokurikulum SERI Taiping dapat menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke KL dan Putrajaya. Lawatan ini bertujuan mengeratkan silaturahim sesama guru dan murid. Objektif lawatan ini adalah untuk membuka minda para murid dalam menjalani liku-liku kehidupan di bandar besar. Pelbagai ragam dan gaya yang ditonjolkan sepanjang lawatan ini. Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan 4 orang guru. Kos lawatan ini 80% dibiayai oleh murid, 10% daripada sumbangan BAKA dan 10% lagi dana daripada unit kokurikulum. Hari pertama kami melawat ke Taman Rama-Rama. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kami. Hujan mencurah-curah bagaikan tiupan monsun melanda sejagat. Kami terus melawat ke Muzium Kesenian Islam di Taman Tasik Perdana kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Seterusnya, kami ke Pusat Petrosains Negara di KLCC. Kami di situ selama 3 jam. Pelbagai sesi pemb

PENGENALAN PROGRAM MEMANAH

Imej
Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya serta izin dan inayahNya sesi pengenalan program memanah dapat dijayakan. SERI Taiping kini melangkah setapak lagi bagi menyempurnakan ikutan dan sunnah Rasulullah SAW. Program memanah kali ini diusahakan oleh unit Kokurikulum bagi memartabatkan lagi sukan dan kokurikulum pada masa akan datang. Terpancar muka kepuasan dan kegembiraan kepada guru dan murid yang menyertai program kali ini. Walaupun secara ringkas dan sederhana, tetapi berkat hasil kerjasama dan sokongan daripada para murid dan guru, akhirnya Kelab Memanah boleh ditubuhkan dengan jayanya. Syabas kepada semua yang terlibat. Program hari terakhir ini disertai oleh 10 orang guru dan murid-murid tahun 3 - 6 . Alhamdulillah. Sambutan dan permintaannya amat tinggi. Murid-murid dan guru-guru dapat menimba i