Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

LARIAN MERENTAS DESA DAERAH LMS

Imej
Assalamua'alaikum WBT dan Salam Hormat. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya SERI Taiping mengorak selangkah lagi dalam bidang sukan dan kokurikulum. Kalah menang bukan ukurannya. Semangat dan jati diri yang dipertaruhkan. Nilai kestabilan dan toleransi yang dipupuk daripada sekolah itulah sebenarnya yang mahu ditonjolkan seperti slogan sekolah "Menjadikan Sekolah Unik, Cemerlang dan Terbilang". Ternyata, slogan itu membuahkan hasil. Apa yang dicapai itu sebenarnya hasil semangat kerjasama dalam kalangan guru dan murid itu sendiri.  Slogan sekolah yang disokong pula slogan "Kokurikulum Aktifkan Modal Insan" yang diperkenalkan sejak 2013 telah membuka ruang kepada murid dalam melaksanakan pembangunan kurikulum mahupun kokurikulum. Seperti mana yang admin tahu, larian merentas desa ini disertai oleh 39 buah sekolah menengah dan 87 buah sekolah rendah seluruh LMS. SERI Taiping menghantar 4 orang peserta

PERLAWANAN BADMINTON LARUT,MATANG DAN SELAMA

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Tak sia-sia slogan " Kokurikulum Aktifkan Modal Insan " diperkenalkan.  Kali ini SERI Taiping buat julung kalinya menyertai perlawanan badminton peringkat daerah LMS di SKJC Hua Lian 3, Taiping pada 26 - 28 Januari 2016. Sudah terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah pun sudah memadai dan amat membanggakan Unit Kokurikulum.  Walaupun terkandas di pusingan akhir, tetapi kami tetap berbangga dengan pencapaian Muhd Azri Danish bin Mohd Rizal dan Muhd Amirul Danish bin Rozaini. Tahniah atlet-atlet SERI Taiping !

PELANCARAN BLOG RASMI SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Hari ini, dijadualkan untuk melancarkan Pelancaran Laman Blog Rasmi seritaipingperak.blogspot.my dilancarkan oleh Guru Besar, Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali pada perhimpunan mingguan berkenaan. Walaupun laman blog ini telah lama memberi info kepada warga SERI Taiping, tetapi tujuan pelancaran ini pula adalah untuk memperkenalkan laman ini kepada semua murid khususnya para ibu bapa mengenai pergerakan sekolah secara langsung. Laman blog ini dicetuskan oleh PK Kokurikulum sejak 2014 lagi. Hasil daripada penulisan di laman blog inilah, para ibu bapa serta waris murid dapat mendapatkan info berkaitan aktiviti sekolah, aktiviti BAKA, program-program sekolah dan lain-lain. Laman ini menghubungkan antara semua sekolah di bawah naungan Yayasan Takmir Pendidikan sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Laman ini juga sedikit sebanyak membantu para ibu bapa serta simpatisan yang cenderung serta golonga

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH PADA SESI 2016

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog SERI Taiping. Alhamdulillah, tahun 2015 telah pun  melabuhkan tirainya. Kini, 2016 meniti dinihari. Kian menanti kenangan abadi. 2016 datang mengikut jadual. Tepat 4 Januari 2016 murid-murid dan guru-guru bersedia untuk melaksanakan tugas masing-masing. Tahun ini juga menyaksikan beberapa perubahan pentadbiran iaitu, Guru Besar Tuan Haji Abdul Hamid Bin Ali menggantikan Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah yang mentadbir SERI Taiping daripada bermulanya penubuhan sekolah ini sehingga hujung 2015. Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum masih kekal pada orang yang sama. Bezanya, pada tahun 2016, wujudnya Penolong Kanan Addiniah yang menekankan bahagian agama, addin dan tauhid. Pemegang amanah yang sulung untuk jawatan ini ialah Puan Noor Addri Suzzana binti Mohd Adnan. Insya-Allah, moga-moga dengan beberapa perubahan  ini dapat meningkatkan lagi taha