Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442H, 2020M PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Maulidur Rasul. " UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI " itulah tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2020. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah anjuran Jabatan Adininah telah berjaya dilaksana mengikut jadual. Walaupun sambutan secara sederhana, tetapi dengan kesungguhan dan kerjasama daripada semua pihak, program telah dijayakan dengan begitu baik. Untuk tahun 2020, Jabatan Adiniah merencana beberapa acara iaitu, a) Pertandingan Mewarna Tahun 1 dan Tahun 3 b) Pertandingan Azan Tahun 2 (Lelaki) c) Pertandingan Bercerita Tahun 2 (Perempuan) d) Pertandingan Tulisan Khat Tahun 4 dan Tahun 5 e) Pertandingan Kuiz Sirah Kenabian Abad Ke-21 Tahun 6 Kesemua pertandingan dijalankan secara serentak bermula jam 10:30 pagi hingga jam 12:15 Tengah hari.  Semoga dengan adanya sambutan Maulidur Rasul ini, secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi semangat cinta akan Rasulullah SAW serta ahl