Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga sekolah SERI AL UMMAH, Taiping, tak kira sama ada pekerja am, staf sokongan, guru-guru, para murid dan ibu bapa sekalian kerana telah memberi banyak sumbangan daripada segi tenaga, kewangan dan bantuan peribadi sepanjang tempoh perkhidmatan saya di SERI AL UMMAH, Taiping dalam melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi serta mengembangkan potensi anak-anak ini. Coretan hari ini mungkin coretan terakhir sebelum saya mengundurkan diri dari SERI AL UMMAH, Taiping secara rasmi pada 31 Mac 2021. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan memohon 1000 kemaafan dari hujung kaki ke hujung rambut jika ada sebarang kekhilafan dan keterlanjuran kata-kata yang mungkin menggores hati semua. Permulaannya pada  1 April 2013, saya diterima menjejakkan kaki di sekolah SERI AL UMMAH, Taiping dengan 1000 harapan dan hanya berbekalkan sedikit pengalaman. Tahun

PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL SEMPENA SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1442H

Imej
 Assalamualaikum WBT dan Salam Israk Mikraj. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut ketibaan peristiwa agung Isra’ dan Mikraj. Peristiwa Isra' dan Mikraj merupakan peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Melalui sambutan Isra' dan Mikraj di sekolah, Jabatan Addiniah telah merencana beberapa program untuk memperingati peristiw bersejarah tersebut. Hari ini, semua persoalan dan teka teki tentang pertandingan-pertandingan yang dijalankan sempena sambutan tersebut akan dirungkai. Pemenang-pemenang akan diberikan hadiah serta sijil pencapaian bagi tahap dua. Hadiah disampaikan di Surau SERI AL UMMAH, Taiping tepat pada jam 2:15 petang. Hadiah juga disampaikan oleh Pn. Noor Addri Suzzana (PK Addiniah), Encik Amir Akhmal bin Hj. Baharin (PK Kokurikulum) dan Puan Rosnah bt Hj. Saad (Ketua Panitia Pend. Islam). Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua pihak yang menjayakannya !