Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK CALON UPSR & UPKK

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, hari ini majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk calon-calon UPSR & UPKK bawah Jabatan Addiniah selamat dilangsungkan. Lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana mengizinkan majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis ini disokong oleh Badan Kebajikan & Keluarga ABIM (BAKA) , Badan Guru & Staf (BAGUS) dan Majlis Pengawas & Ketua Kelas (MPKK).  Majlis dipimpin oleh AF Us Adnan bin Chi Isa, lmam Masjid Al Hidayah, Taiping. Turut hadir, Tuan Haji Mohd Nizam bin Zainal Abidin, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) Seri Al Ummah Taiping. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung & tidak langsung.

KEMBARA JATI DIRI BSMM PERINGKAT ANTARABANGSA

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam BSMM Excellent. Alhamdulillah, kali ini SERI Taiping mencipta satu lagi nama besar dalam bidang Kokurikulum.  Dua orang murid, Uwais Qarni dan Khairunnisa Auni telah ke Kembara Jatidiri BSMM - Thailand pada 29 Ogos hingga 1 Sept. 2018.   Program peringkat antarabangsa ini melibatkan unit beruniform BSMM se-Malaysia sekolah menengah dan sekolah rendah. Program yang bertujuan memupuk kesepaduan perbezaan adat, budaya dan warisan ini lazim diadakan. Tahniah untuk Uwais dan Auni. Anda berdua memang hebat dan amat berpotensi. " KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN "

RIANG RIA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-61

Imej
Assalamualaikum & Salam Kemerdekaan  Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas Rasulullah, Nabi junjungan kita, Muhammad SAW.  Hari ini, 29 Ogos 2018 genaplah sebulan warna-warni kemerdekaan yang dilancarkan awal bulan lalu melabuhkan tirainya. Sesungguhnya sambutan kali ini amat bermakna kerana di usia 61 tahun ini, Malaysia telah berubah kepada pimpinan kerajaan baharu. Sejak awal bulan lalu, kempen kemerdekaan dihiasi dengan pelbagai acara yang telah disusun. Antaranya ialah kuiz di perhimpunan, pertandingan mewarna logo, pertandingan melukis logo, pertandingan memperagakan pakaian berunsurkan bendera, pertandingan menyanyikan lagu patriotik, pertandingan menulis khat dan pertandingan menjawab kuiz serta silangkata kemerdekaan.