Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

SAMBUTAN HARI GURU 2018 : GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Imej
Assalamualaikum WBT. "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan". Itulah tema Sambutan Hari Guru 2018 bagi seluruh Malaysia. Sambutan ini bukan sahaja mengiktiraf barisan pendidik, malahan pada hari istimewa inilah satu-satunya hari "kelepasan" untuk para pendidik ini melepas-bebaskan segala masalah yang membelenggu golongan itu. Pada tahun ini, sambutan Hari Guru SERI Taiping dijadualkan pada 16 Mei 2018, dan dimulakan seawal jam 9.00 pagi. Aturcara dimulakan dengan ucapan-ucapan aluan daripada pengacara majlis, diikuti dengan doa pembuka, ucapan ketua murid, Muhd. Faizi b. Mohd. Rizal serta ucapan daripada Guru Besar, Tn. Hj. Abd. Hamid bin Ali. Sambutan ini diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu protokol