Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

LAWATAN KENAZIRAN YTP PUSAT KE SERI TAIPING

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat. Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan YTP Pusat membuat lawatan rasmi ke SERI Taiping. Lawatan kenaziran ini bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan sekolah-sekolah ABIM di seluruh Malaysia seiring dengan pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2021).  Kenaziran ini diadili serta diaudit oleh Tn Hj Md Daud selaku Timbalan Ketua Pengarah, Tn Hj Samian Ali, Tn Hj Suhaili dan Pn Nur Jannah Bt Keman. Hasil perkampungan mereka selama 2 hari di Bandar Taiping ini, dapatan mereka adalah SERI TAIPING berupaya dan berpotensi untuk dijadikan sekolah elit pada masa hadapan. Mereka telah menjalankan kerja dengan cemerlang sepanjang berada di bumi Taiping ini. Tahniah diucapkan.  Mewakili sekolah, lembaga pentadbiran dan murid-murid, kami memohon 1000 ampun dan maaf andai kata ada kekurangan dan kekhilafan kami sepanjang Pegawai YTP Pusat datang ke sin

KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARABANGSA DI KL

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu dirafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya pasukan Taekwondo sekolah dapat pencapaian gemilang di peringkat antarabangsa. Lafaz terima kasih juga ditujukan kepada Guru Besar, Tn Hj Abdul Hamid bin Ali kerana mengizin serta membenarkan taekwondo bertapak di Seri Al Ummah, Taiping ini. Tak lupa juga kepada Pen. Kanan Kokurikulum dalam usaha memantap serta memperkasa bidang luar kotak ini di persada antarabangsa. Setahun jagung usianya PBB Taekwondo mula menyinar di sekolah ini. Berbagai-bagai pahit getir yang tak dapat diolah. Melalui agenda mentransformasikan bidang kokurikulum dan sukan, SERI TAIPING pasti akan dapat dicapai menjelang tahun 2020 nanti, Insya-Allah. Kejohanan Taekwondo Antarabangsa di KL yang berlangsung dari 19-21 Mei 2017 menyaksikan 3 orang murid mewakili SERI TAIPING. Ini merupakan pencapaian tertinggi sepanjang sekolah i

SAMBUTAN HARI GURU 2017

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Keceriaan Guru-Guru dan Sportingnya mereka di hari Guru 2017 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya Majlis Sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah dapat dijalankan mengikut jadual.  Tema "Guru Pembina Negara Bangsa" dipilih tahun ini oleh kerajaan bertepatan dengan melonjakkan transformasi pendidikan nasional yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada tahun 2013. Tema ini juga mengangkat martabat guru yang mana profesion keguruan ini seharusnya dipelihara dari zaman ke zaman untuk menyambung legasi ke generasi akan datang. Majlis dimulakan pada seawal jam 9.00 pagi dengan perarakan semua guru dari dataran kejat ke dewan terbuka diiringi paluan kompang dan bunga manggar. Seterusnya majlis diteruskan dengan upacara menyanyikan lagu protokol dan Guru Malaysia oleh semua guru.