SEPAK TAKRAW MSSD LMS 2019

Assalamualaikum WBT.

Fuhhh ! Dramatik ! Penuh ceritera ! Alhamdulillah, syukur setinggi-tinggi ke hadrat Allah SWT kerana Perlawanan Sepak Takraw Daerah MSSD 2019 Sekolah Rendah mempunyai 1001 cerita tersendiri.

SERI TAIPING buat PERTAMA KALINYA menyertai sukan sepak takraw ini di peringkat Daerah LMS telah mencipta 'sejarah' yang begitu membanggakan. Syukur dirafakkan kepada Allah SWT kerana SERI TAIPING yang julung kalinya menyertai pertandingan ini dapat menembusi ke SUKU AKHIR.












Pencapaian membanggakan ini bukan sahaja mengembirakan guru penasihat, malah murid itu sendiri. Daerah LMS yang dianggotai lebih 200 buah sekolah telah disaring menjadi 8 buah sekolah di peringkat suku akhir. Pencapaian 'menggerunkan' ini turut 'membuka mata' sekolah-sekolah lain yang turut serta.

Pada peringkat Liga, keputusan SERI TAIPING ialah: 

SERI vs SK Asam Kumbang 
(21-18)

SERI vs SK Tmn. Panglima 
(21-16)

SERI vs SK Sg. Seputeh 
(21-17)

Untuk pusingan kedua pula, keputusan SERI TAIPING ialah:

Set 1

SERI vs SK Selama (B)
(21-9)

Set 2

SERI vs SK Selama (B)
(21-18)

Untuk pusingan ketiga pula, keputusan SERI TAIPING ialah:

Set 1

SERI vs SK Selama (A)
(19-21)

Set 2

SERI vs SK Selama (A)
(21-18)

Set 3

SERI vs SK Selama (A)
(21-12)

Manakala, untuk keputusan SUKU AKHIR pula, SERI TAIPING mendapat keputusan:

Set 1
SERI vs SK King Edward (1)
(18-21)

Set 2
SERI vs SK King Edward (1)
(16-21)

Pertandingan yang diadakan di ARENA BATU KURAU selama 4 hari berturut-turut ini bermula hari Isnin (28/01/2019) hingga khamis (31/01/2019) akan berakhir esok di peringkat separuh akhir dan akhir. 

Mewakili pentadbir dan sekolah, terima kasih khususnya kepada Encik Mohd Farid, ayahanda kepada Muhd. Hafizudin Mohd Farid (5 Syafie) kerana banyak mencurahkan ilmu dan sukarela melatih anak-anak SERI TAIPING ini dalam sepak takraw. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik yang dikhidmati. 

Tak lupa juga kepada ibu Hail dan Hazizi (Puan Jasni) serta ibu Adam Harris (Puan Azean) kerana menyokong serta memberi komitmen yang berterusan dalam pencapaian takraw 'sulung' ini.

Sesungguhnya, pencapaian ini juga satu kebanggaan buat sekolah dan ibubapa khususnya. Mudah-mudahan arena Takraw di SERI TAIPING akan terus bergemerlapan di tengah-tengah cahaya oasis hendaknya. Insya Allah.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN