Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

ENROLMEN PERKEMBANGAN KOKURIKULUM 2014-2018

Imej
Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, genap tahun ini pencapaian kokurikulum selama lima tahun ini (2014,2015,2016,2017,2018) boleh dikongsi dan dicoretkan ke dalam ruangan rasmi ini. Tujuan tulisan kali ini diwartakan, hanyalah untuk berkongsi antara kejayaan dan segala aktiviti yang dilaksanakan sepanjang 5 tahun berturut-turut ini. Tak dinafikan, pelbagai cabaran dan risiko yang diterima sebelum hendak memulakan sesuatu yang "baharu" pada sekitar awal 2014 lalu. Satu demi satu cabaran itu ditangkis demi membawa nama SERI TAIPING ke peringkat yang membanggakan. Kokurikulum pada asalnya hanya jadual "iringan" untuk murid-murid sekolah. Namun, pada awal 2016, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sistem PAJSK dan e-Sukan yang akan mengembangkan potensi murid yang sejajar dengan arus perkembangan dunia ICT sekarang. SERI TAIPING juga tidak melepaskan peluang melaksana pelbagai program dalaman seiring dengan program-program luar anjuran pe

ANUGERAH UPKK TERBAIK, SRAI TERBAIK

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah serta kurnia-Nya di penghujung tahun 2018 ini, SERI TAIPING melabuhkan tirai dengan nostalgia terindah. Apa yang mahu dikongsi, tahun 2018 dengan pencapaian tertinggi dalam pelaksanaan kokurikulum dan penyertaan luar di peringkat ekstra kurikulum juga menyumbang beberapa anugerah untuk guru dan sekolah.  Seyogia dengan itu, baru-baru ini SERI TAIPING mencipta satu lagi 'sejarah' dengan mendapat Anugerah Pencapaian UPKK & SRAI (KAFA) Terbaik peringkat Daerah Taiping. Untuk rekod, pencapaian ini julung kali diterima oleh SERI TAIPING dengan pencapaian 89.44% Lulus (UPKK) sementara 96.58% Lulus (SRAI).  Sementelahan itu, gred pencapaian murid untuk semua A juga turut meningkat daripada 55.21% (2017) kepada 69.66% (2018) untuk UPKK. Untuk SRAI pula peratusan semua A meningkat dengan memberangsangkan iaitu daripada 58.24% (2017) kepada 73.22% (2018).  Usaha ini tidak a

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN DUN AULONG DENGAN KERJASAMA SERI AL UMMAH TAIPING

Imej
Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Hari ini, buat julung kalinya diadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai Kawasan DUN Aulong, Mukim Assam Kumbang Taiping dengan kerjasama Sek. Ren. Islam Al Ummah Taiping dan Badan Kebajikan & Keluarga (BAKA). Penyertaan amat menggalakkan daripada seluruh kawasan. Penglibatan seramai 61 orang kanak-kanak kawasan ini telah membuktikan bahawa konsep berkhatan secara tradisional ini masih kekal relevan dulu kini dan selamanya. Ibubapa juga tidak kurang memberi komitmen yang baik sebelum, semasa dan sepanjang program ini berlangsung. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan perkenan & limpah kurnia-nya mengizinkan majlis seumpama ini diadakan.  Majlis yang dirasmikan oleh ADUN Aulong, YB Nga Kor Ming sekali gus membrti dana dan sumbangan sebanyak RM 9,000.00 kepada sekolah. Terima kasih juga kepada Ketua Kampung Mukim Assam Kumbang dan seluruh tenaga kerja demi menjaya

LAWATAN KE TERENGGANU & KELANTAN ANJURAN JAB. KOKURIKULUM DAN BAKA

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhdamdulillah. Berjaya juga akhirnya BAKA dengan kerjasama Jab. Kokurikulum menganjurkan lawatan Mahabbah di Terengganu dan Kelantan pada tahun ini. Seraya dengan itu, penglibatan daripada ibubapa juga dalam misi melawat kedua-dua negeri pantai timur itu turut berjaya dan amat menggalakkan.  Kami bertolak jam 10.30 malam pada 12/10/2018 dari SERI TAIPING terus menuju ke Terengganu. Lebih kurang 10 jam perjalanan, ki berhenti rehat di sebuah masjid di daerah Jertih, Terengganu. Kemudian terus ke Taman Tamadun Islam, River Cruise, Masjid Kristal serta Monumen TTI. Sehabisnya kami di sana, kami dibawa melawat ke De Arfa Batik, iaitu tempat pengeluaran batik Terengganu. Sesudah itu, tempat yang wajib dilawat mestilah di Pasar Payang. Banyak barang yang murah di sana. Jam 7.00 malam kami bergerak ke Kelantan. Dengan badan yang agak letih, jam 11.00 malam kami tiba di Wakaf Che Yeh, berhampiran dengan penginapan kami. Di

PERTANDINGAN TAEKWONDO (KYORUGI & POOMSE) SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2018

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, sejarah tercipta lagi dalam acara seni pertahanan diri, Taekwondo. Hari ini, sempena Hari Sukan Negara Peringkat Taiping SERI TAIPING menghantar beberapa orang murid memyertai pertandingan 'Sparring' dan 'Poomse' di Rakan Muda Kamunting. Mereka adalah : 1. Muhammad  2. Muhammad Naim Syahmie  3. Nur Imanina lnsyirah  4. Muhammad Faris Zulhilmi 5. Nur Iman Zafirah  6. Uwais Qarni  7. Muhammad Hafizuddin 8. Nur Madiha 9. Puteri Nurul Anyss Syakila Mereka telah mengharumkan nama sekolah dalam seni pertahanan diri ini serta aktif dalam bidang ini. Tahniah diucapkan kepada mereka serta ibubapa mereka kerana turut bersusah-payah memberi sokongan untuk anak-anak mereka. 

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Hari Sukan Negara. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan perkenan-Nya #hsn2018 peringkat sekolah bawah Jabatan Kokurikulum berjaya dilaksanakan. Lafaz sekalung terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan murid atas komitmen yang baik sepanjang #hsn2018 kali ini dilangsungkan. Untuk #hsn2018 ini, Jabatan Kokurikulum Seri Taiping menyediakan beberapa acara seperti Futsal Mini, Bola Jaring, Congkak, Karom, Ceper, Pingpong, Dam Haji, Catur, Badminton, Sepak Takraw, Sahibba dan sebagainya.  Tujuan #hsn2018 ini adalah untuk mengasuh serta mengasah bakat para murid serta mendokong aspirasi kerajaaan dalam memartabatkan semangat kesukanan seawal usia kanak-kanak lagi.  Mewakili sekolah dan pentadbiran, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana menyokong aktiviti sekolah dan menjadikan #hsn2018 sebagai acara tahunan dan wajib dipersembahkan saban tah