KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH LARUT MATANG & SELAMA 2019
Assalamualaikum WBT.
Bersyukur rahmat kepada yang Maha Mencipta kerana dengan taufiq serta hidayah-Nya, SERI TAIPING tidak lepas menyertai Merentas Desa Peringkat Daerah LMS bagi tahun 2019 yang merupakan acara sulung peringkat LMS.
Terima kasih kepada Cikgu Norain binti Ahmad serta ibubapa para peserta yang memberi sepenuh komitmen yang tidak berbelah bahagi demi memartabatkan agenda 'Kokurikulum Aktifkan Modal Insan' yang telah sekian lama digazetkan.
Larian seumpama ini mengambil kira tahap kelajuan serta kemampuan anak-anak ini berlari dengan jarak yang jauh serta mengambil masa yang panjang. Merentas Desa adalah salah satu aktiviti yang paling digemari oleh murid kerana ia bukan sahaja melibatkan kecergasan badan, malah kecerdasan otak juga diambil kira.
Alhamdulillah, program dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari. Moga-moga pengalaman merentas desa kali ini dapat memupuk semangat perpaduan serta semangat kesukanan. Insya Allah.
'KOKURIKUKUM AKTIFKAN MODAL INSAN'
Ulasan
Catat Ulasan