ANUGERAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM NEGERI PERAK

Assalamualaikum WBT.




Alhamdulillah, 2018 melabuhkan tirainya dengan kemanisan yang gemilang kepada SERI AL UMMAH, Taiping. Syukur ke hadrat Allah SWT atas kenikmatan yang Dia berikan kepada seluruh warga SERI TAIPING khususnya.

Mewakili negeri Perak, SERI Taiping menjadi Naib Johan kategori sekolah agama sepenuh masa (integrasi) dalam penglibatan paling aktif sepanjang 2018 dalam dan luar sekolah.

Pencapaian kali ini bukan sahaja menaikkan martabat sekolah, malahan menaikkan juga nama SERI TAIPING dalam kokurikulum. Buat julung kalinya, SERI TAIPING menerima anugerah seperti ini pada tahun 2018 atas penglibatan yang drastik disertai pada tahun 2018.

Kokurikulum bukan sahaja menaikkan nama murid, sekolah dan bidang sukan, malah secara umumnya kokurikulum juga meningkatkan aspek fizikal dan mental sesetengah murid. Justeru, anak-anak yang terlibat bukan sahaja dapat menggilap bakat, sekaligus dapat menyemai budaya pembelajaran luar darjah.

Mewakili sekolah, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa, murid-murid, guru-guru, PPD Larut Matang Selama serta Jab. Pendidikan Negeri Perak yang turut sama memberi kerjasama kepada kami untuk turut serta bersama-sama sekolah lain serta memberi peluang & ruang kepada SERI TAIPING mencorakkan generasi abad ke-21 ini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Sekian.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-18 TAHUN 2019