Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

JAMUAN RAYA BERSAMA ABIM DAERAH DAN IBUBAPA SERI, TASKI

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Lebaran ke-22. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 2017 dapat dijayakan pada ketetapan tarikh berikut. Majlis seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama guru, malahan jua merapatkan ukhwah sesama agensi-agensi lain seperti WADAH, ABIM Daerah Taiping, ABIM Negeri Perak, TASKI dan seluruh agensi. Hidangan pada tahun ini juga beraneka jenis. Terima kasih kepada semua guru SERI Taiping dan Guru-guru TASKI kerana memberi kerjasama dan membanting tulang demi menjayakan majlis bersejarah ini.  Salam Aidilfitri.

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2017

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta inayah daripada-Nya SERI TAIPING telah berjaya mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah. Program anjuran sekolah yang diberi kepercayaan kepada Badan Guru dan Staf (BAGUS) kali ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Majlis ini bertujuan merapatkan silaturahim sesama guru dan murid sekali gus mengelakkan jurang antara guru dan para murid. Murid-murid juga "beraksi" dengan pakaian raya masing-masing dan menunjukkan fesyen dan gaya mengikut rentak masing-masing.  Kali ini, BAGUS membuat pertandingan bagi mengelakkan murid-murid berasa bosan. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan murid mengetahui kuih tradisional melalui "Teka Kuih Raya" untuk tahap 2 dan pertandingan "Pakaian Glamor" untuk tahap 1.