Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA MASJID AL HIDAYAH, ASAM KUMBANG

Imej
Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafakkan sembah takzim dan kesyukuran kepada Illahi kerana dengan izinNya jua dapatlah disempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-anak Yatim untuk Sambutan Aidilfitri kali ini. Sumbangan bermakna kali ini disumbangkan oleh kariah Masjid Asam Kumbang yang disampaikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali pada perhimpunan pagi. Terima kasih diucapkan kerana mengambil berat tentang anak-anak yatim di sekolah ini. Moga-moga jasa dan budi baik tuan/puan dibalas Allah SWT. Salam Aidilfitri.

HARI BERTEMU WARIS

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Hari ini sekolah telah merencanakan Hari Bertemu Waris untuk peperiksaan pertengahan tahun 2017. Pada hari ini, ibu bapa dan waris berpeluang bertemu dengan guru-guru di sekolah atau guru mata pelajaran sekaligus dapat mengetahui gerak-geri anak-anak mereka sepanjang sesi persekolahan. Sesi pertemuan ini melibatkan semua murid dan guru kelas seawal jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.  Tahniah kepada semua murid yang berjaya. Pada yang tidak berjaya, bukanlah bermaksud anda tidak akan berjaya selamanya. Usaha lagi. Cuba lagi. Insya Allah, kejayaan bersama kita.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM SEMPENA RAMADAN DAN AIDILFITRI

Imej
Assalamualaikum WBT. Salam Hormat, Salam Sejahtera, Salam Ramadan Al Mubarak. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim anjuran BAKA TELAH disempurnakan mengikut jadual ditetapkan. Terima kasih kepada para penyumbang, simpatisan, khususnya kepada BAKA yang sanggup mencetuskan idea untuk sumbangan bermakna ini. Sumbangan kali ini memanfaatkan 9 orang anak yatim terdiri daripada 3 pasang adik beradik dan 3 tunggal. Majlis disempurnakan oleh Cik Nurul Husna Binti Abu Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran mewakili Guru Besar pada perhimpunan awal pagi. Terima kasih. Salam Aidilfitri.

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN IFTAR JAMA'IE

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Ramadan Kareem. Terlebih dahulu, belum terlambat lagi rasanya untuk warga SERI TAIPING mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1438 Hijrah.  Bersempena itu, Jabatan Addiniah sekolah ini telah merencana beberapa agenda untuk menghidupkan Ramadan kali ini.  Hari ini, pihak sekolah diketuai oleh Puan Noor Addri Suzzana binti Mohd Adnan merangkap Penolong Kanan Addiniah menyempurnakan Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah sekali gus mengadakan Iftar Jama'ie bersama ibubapa, guru dan murid. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar mengikut agenda yang direncana. Majlis dimulakan seawal jam 6.00 petang dengan khatam al-Quran, diikuti doa tahlil dan penyampaian sumbangan cenderamata kepada para khatamul Quran.  Turut dijemput ialah Tuan Haji Mustaffa Bakar, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Zamri bin Ariffin, Timbalan Pengerusi L