Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

KOKURIKULUM : PRAKTIKAL KERETA DALAM LITAR

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog rasmi SERI Taiping. Dipasang sudah, dihias pun sudah, Ditambah seri dengan "sticker", Kini masanya untuk menerjah, Hati tak sabar nak tunjuk hebatnya. Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid SERI Taiping amnya, murid-murid tahap 2 khususnya. Mana taknya, mereka diberi peluang untuk menghasilkan kereta pasang sendiri menggunakan kreativiti dan idea masing-masing. Aktiviti sihat ini sebenarnya ingin menghasilkan murid yang berdaya saing, tajam pemikiran dan menjadikan murid lebih kreatif dan kritis.  Acara yang sempat dibuat tadi adalah aktiviti memasang model kereta dalam masa 20-30 minit . Seterusnya, menggunakan litar professional yang disediakan oleh pihak GENG TAMIYA TAIPING . Sesi soal jawab dan kuiz juga dapat dilaksanakan walaupun masa agak terhad. Syabas diucapkan! Masa bersurai tepat pada jam 5.00 petang. Murid-murid nampakny

MAJLIS JAMUAN RAYA ABIM DAERAH

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harini kami seluruh institusi ABIM Daerah Taiping dapat membuat Jamuan Aidilfitri . Terima kasih kepada semua hadirin yg hadir 

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga sekolah khususnya anak-anak murid, para pendidik dan ibubapa SERI Taiping. SERI Taiping hari ini mengadakan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah yang disambut oleh semua warga. Majlis ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi sehinggga 12.00 tengah hari.  Pelbagai juadah raya yang disediakan oleh para murid serta guru-guru untuk jamuan kali ini. Nampaknya mereka sangat-sangat gembira menyambutnya kali ini. 

SEPETANG BERSAMA TUAN GURU BESAR

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini, dijadualkan murid-murid yg bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPKK, UPSR, SPRA, SRAI & SPI mendapatkan petua, nasihat daripada guru besar, Tn. Hj. Abdul Hamid b. Ali serta guru-guru penolong kanan yang lain. Para murid didedahkan dgn motivasi diri, menjaga akhlak dan pelbagai lagi kesinambungan peribadi mulia utk. meneruskan legasi khayra-ummah selagi bernaung di bawah pengurusan sekolah ABIM.  Murid tahun 5 dan 6 yg terlibat secara langsung untuk mendapatkan input yang berguna demi masa hadapan. Tahniah dan terima kasih .

KOKURIKULUM KELAB REKACIPTA DIPERKENALKAN

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Hari ini, 13 Julai 2016 dapatlah jua murid-murid SERI Taiping mengenali Kereta Cipta Sendiri jenama TAMIYA. Alhamdulillah, program ini mendapat kerjasama daripada Kelab Tamiya Taiping. Terima kasih diucapkan kepada mereka dan ahli-ahli kelab. Terima kasih juga kepada para murid, guru-guru yang memberi sokongan kepada kelab rekacipta ini untuk terus menjadikan murid kreatif dan inovatif, berfikiran kritis dan positif.