SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU CIKGU SHAHRUL

Assalamualaikum WBT.

Linangan airmata hari ini menyelubungi segenap lapisan warga SERI Taiping kerana berakhirnya perkhidmatan Cikgu Shahrul Bin Sahar hari ini.

Berkuatkuasa 16 April 2018, Cikgu Shahrul bin Sahar ditempatkan di Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi Ipoh sebagai guru dan warden. Tahniah diucapkan kepada beliau.












Sedikit latar belakang Cikgu Shahrul, beliau merupakan seorang graduan Univ. Sultan Azlan Shah (USAS) dalam jurusan Bim. Kaunseling. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan amat berwibawa sepanjang tempoh perkhidmatannya di sini. Sejurus selepas beliau dilantik, beliau diamanahkan menjaga Hal Ehwal Kaunseling di bawah HEM. Atas dedikasi beliau itu juga, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kokurikulum di bawah Jabatan Kokurikulum. 

Tahun lalu, beliau telah mencipta berbagai-bagai pengalaman menarik bersama pelajar di bawah Jab. Kokurikulum. Antaranya Kem Tautan Ukhwah (KEMTA) Zon Utara Abim, Kem Bina Insan Soleh dan Kem Motivasi. Beliau juga bergerak aktif dalam PESAKA dan BSMM. Beliau juga mengikuti pergerakan BSMM dan ABIM. 

Hari ini, Badan Guru dan Staf (BAGUS) dengan kerjasama semua Jabatan membuat sedikit keraian untuk perpisahan Cikgu Shahrul. Majlis yang ringkas ini dimulakan dengan Deklamasi Sajak dan Seloka Tajuk Lagu yang disampaikan oleh Encik Amir Akhmal. Seterusnya, majlis nyanyian lagu Kenangan Terindah daripada murid tahun 5 dan 6. Akhir majlis, Cikgu Shahrul diminta berucap dan Ketua Pengawas juga berucap mewakili semua mirid. Sesi bersalam-salaman menutup tirai majlis oleh semua murid lelaki.

Selamat bertugas Cikgu Shahrul. Kenang kami dalam doamu.

Ulasan

  1. Semoga Cikgu berjaya di dunia Dan di akhirat. Selamat bertugas di tempat baru. Tq

    BalasPadam
  2. Semoga ustaz shahrul sukses selalu...
    Dpt melahirkan anak bangsa yg berjaya..
    Aamiin...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN