Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

UJIAN TALI PINGGANG TAEKWONDO 2017

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah dengan izin-Nya serta dengan inayah-Nya pelajar-pelajar SERI Taiping hari ini menduduki ujian tali pinggang untuk menaiktaraf tahap kedudukan mereka. Terima kasih tak terhingga kepada Master Jiva, Miss Tan dan Encik Shamsul atas tunjuk ajar selama ini berganding bahu memerah keringat semata-mata untuk SERI Taiping. Tidak lupa juga kepada Guru Besar yang turut menyokong aktiviti ko-akademik dan luar darjah ini. Majlis dimulakan pada jam 8.00 malam, disusuli dengan jamuan akhir tahun WTF Taiping dengan kerjasama Rakan Muda Kamunting. Tahniah diucapkan !

PREFECT DINNER 2017

Imej
Assalamualaikum WBT. Tahniah kepada kepemimpinan pengawas sekolah, perpustakaan dan SPBT kerana menjayakan Jamuan Perdana Lembaga Pengawas Sekolah 2017 bertempat di Hotel Seri Malaysia. Tahniah diucapkan khususnya kepada Jabatan Hal Ehwal Murid dan Unit Disiplin sekolah kerana sama-sama memeriahkan jamuan berprestij untuk lembaga pengawas.    Majlis bermula pada jam 8.00 malam dengan acara bacaan doa, seterusnya nyanyian lagu - lagu protokol dan ucapan-ucapan penolong kanan. Jamuan makan diadakan sekitar jam 9.15 malam. Pada jam 9.30 malam, majlis diselitkan unsur-unsur sukaneka bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sejam selepasnya, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, barisan pengawas tahun 6 dan acara cabutan bertuah. Sesi bergambar mengakhiri majlis dan majlis ditangguhkan jam 10.45 malam. 

LARIAN MERDEKA ANJURAN KOPERASI KE-4 TAHUN 2017

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Merdeka. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya anak-anak didik SERI Taiping berupaya menyempurnakan Larian Koperasi Negeri Perak buat kali keempat. Tahun ini, peningkatan penyertaan amat memberangsangkan. Sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa meningkatkan lagi tahap sokongan terhadap aktiviti kokurikulum, sukan dan riadah. SERI Taiping menghantar 25 orang peserta terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Berbeza dengan tahun-tahun lalu yang hanya disertai oleh 6 orang (2014), 9 orang (2015), 15 orang (2016) dan 25 orang pada tahun ini. Peserta tahun satu, mendapat pingat tempat ke-23 daripada 219 orang peserta perempuan. Keputusan ini amat-amat memeranjatkan. Tahniah dan syabas semuanya !