Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

SEJARAH PENUBUHAN SERI TAIPING

Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Taiping merupakan salah satu daripada rangkaian institusi dalam sistem  pendidikan ABIM. Ia  mula beroperasi pada 3 Januari 2001 beralamat No. 248, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak.          Penubuhan SERI ini lahir daripada tuntutan masyarakat yang inginkan sistem pendidikan bersepadu sebagai penerusan kepada pendidikan prasekolah TASKI yang  sedia  ada untuk memenuhi tuntutan tersebut.          Dengan bantuan daripada pelbagai pihak yang komited dengan ABIM dan simpatisan yang berpengalaman dalam pelbagai aspek pendidikan seumpama ini, SERI mampu menawarkan kemudahan yang sedia ada untuk memenuhi tututan tersebut.          Kini SERI melangkah setapak lagi dengan membuka kawasan persekolahan yang lebih sempurna dan berusaha untuk melengkapkan kemudahan fasiliti dan prasarana seiring dengan perkembangan globalisasi terkini. Pada tahun 2009, SERI telah memulakan sesi persekolahan di bangunan yang baru bertempat di JKR