SESI DAN TAKLIMAT KEBAKARAN

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana perancangan pihak sekolah melalui Jabatan HEM akhirnya berjaya dilaksana.

Taklimat kebakaran dan sesi latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Taiping dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Murid (HEM) SERI TAIPING. 
































Bermula jam 3.00 petang, anggota bomba mula memasuki ruang sekolah dan mengarahkan guru menekan loceng kecemasan bagi mengumpulkan murid di dataran perhimpunan. Kemudian, anggota bomba memberi taklimat yang menekankan supaya keselamatan nyawa adalah perlu diutamakan. Turut ditaklimatkan, cara penggunaan alat pemadam api juga turut dipraktikkan demi keselamatan & kesejahteraan semua. Akhir sekali, beberapa orang murid yang dipilih membuat demonstrasi memadamkan api.

Program berakhir tepat jam 4.30 petang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN