Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, SPBT & PERPUSTAKAAN

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh 3 Lembaga Pengawas iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT & Pengawas Pusat Sumber. Mereka telah diberi mandat oleh sekolah untuk mengawal, mengurus, menyelia, membantu pihak sekolah dalam menguruskan murid-murid.  Pelantikan ini dibuat untuk memberi pengiktirafan kepada pengawas secara rasmi dan mutlak dari pentadbir sekolah. Majlis ini dimulakan dengan pemakaian blazer oleh guru besar kepada Ketua Pengawas, Mohd Noor Azham bin Azizul. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pemberian watikah rasmi dan pemberian kad kuasa kepada semua pengawas. Bacaan ikrar & taat setia dilafazkan oleh Ketua Pengawas di hadapan guru-guru dan murid-murid. Semoga pengawas dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik, ce