Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

PERTANDINGAN BAYBLADE TERBUKA

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar tahun 2-4. Apa tidaknya, Pertandingan Bayblade Terbuka yang telah disebut-sebut sejak sebelum Ramadan lagi telah diadakan. Bayblade adalah sejenis permainan gasing moden yang telah diperbaharui dan dikontemporarikan mengikut kehendak zaman. Ia bukanlah suatu yang pelik, malahan ia juga satu kesinambungan sihat antara pelajar dengan pelajar lain. Objektif Jabatan Kokurikulum sekolah ini mengadakan pertandingan ini sebenarnya lebih kepada mengadakan aktiviti kepada murid tahap 1 yang sememangnya kurang penglibatannya dalam aktiviti luar darjah. Di samping mengeratkan silaturahim, pelajar juga dapat memupuk aktiviti sihat daripada asyik dengan gajet sahaja. Pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Sesi pendaftaran dimulakan seawal jam

HARI BERTEMU WARIS PENGGAL 1 / 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari Bertemu Waris, hari yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa atau penjaga kepada anak - anak mereka untuk mengetahui perkembangan serta potensi yang ada dalam diri anak mereka masing-masing. Sungguhpun pada anak-anak ini, hari ini merupakan hari 'ketakutan' dan hari 'keseraman' pada mereka, ada juga menganggap hari ini sebagai hari 'bahagia' mereka kerana pada hari inilah anak-anak ini mahu menunjukkan kecemerlangan serta kesungguhan mereka sepanjang setengah tahun ini. Ibubapa sudah mulai melangkah masuk ke pintu pagar SERI TAIPING seawal jam 2.30 petang lagi. Pelbagai reaksi yang ada sepanjang hari ini. Ada yang menangis dek kerana dimarahi orang tuanya, ada yang tersenyum lebar kerana dipuji-puji dan bermacam-macam ragam lagi. Inilah dia hari warna-warni yang lebih dramatik dan penuh nostalgia. 😀