Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

UBAHSUAI SERTA TAMBAHBAIK INFRASTRUKTUR & PRASARANA SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan. Alhamdulillah, pada musim cuti semester akhir tahun 2016 kali ini, sekolah sekali lagi memanfaatkan masa yang ada ini untuk menambah baik pembangunan infrastruktur dan prasarana sekolah. Penambahbaikan ini bertujuan menampung kemasukan murid - murid baharu menjelang sesi persekolahan 2017. Kemasukan kali ini begitu mendadak kerana jumlah capaian pada masa ini adalah sebanyak 25 % meningkat berbanding daripada tahun - tahun sebelumnya. Ibubapa kini lebih utamakan pendidikan bersepadu yang berteraskan Addiniah dan Akademik. Seiring dengan itu, pemantapan dalam sahsiah dan bidang kokurikulum tidak ketinggalan. Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak dan Yayasan Takmir Pendidikan dititikberatkan dalam sekolah ini.  Untuk makluman, murid - murid yang akan menjalankan sesi PdP pada tahun 2017 adalah sebanyak 215 orang, guru - guru yang diamanahkan pula adalah sebanyak 16 orang.