Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

BENGKEL, TEKNIK MENJAWAB DAN SEMINAR MATEMATIK

Imej
Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan perkenan-Nya program yang bermanfaat ini dapat dijayakan mengikut jadual. Ucapan terima kasih kepada SEP (Strategy Excellent Program) di bawah naungan ibu bapa kerana dapat mencari, serta menyumbang dana untuk program bermanfaat ini. Tahniah juga kepada para guru yang boleh hadir yang turut sama menyertai program asah dan celik matematik ini.  Program Celik Matematik ini ditaklimatkan oleh Puan Zuraidah bt Ramli yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Changkat Larut, yang juga merupakan guru pemeriksa kertas Matematik UPSR. Beliau juga berpengalaman dalam bidang ini selama 25 Tahun dan telah memberi khidmat bakti sebagai pendidik selama 29 tahun.  Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Turut hadir ialah Puan Zaliana, wakil SEP serta semua guru Matematik SERI Taiping. 

IHTIFAL KAFA KAWASAN TAIPING (2)

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Berlimpah rahmah dirafakkan kepada yang Maha Mencipta, moga beroleh berkah dan inayah serta keredaaan-Nya Majlis Ihtifal KAFA Kawasan Taiping telah berjaya dilaksana. Kali ini, SERI Taiping menghantar 26 orang murid yang mengambil bahagian terdiri daripada Nasyid, Marhaban, Bercerita, Menulis Khat, Syarahan BI, Hiwar dan Tilawah Al-Quran. Majlis diadakan di SRAR Asam Kumbang, Taiping sebagai tuan rumah bagi kali kedua berturut-turut. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi, semua acara dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Alhamdulillah, tahun ini nampaknya pencapaian SERI Taiping amat membanggakan. Berikut merupakan senarai pencapaian tahun ini: Johan Tilawah (P): Nur Iman Jannah Johan Hiwar (L) : Muhammad Faizi, Abd Hanan, Hail Hilman Johan Syarahan BM (L): Muhd Faizi Naib Johan Khat (L): Muhammad Afiq Marwan

SESI DAN TAKLIMAT KEBAKARAN

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana perancangan pihak sekolah melalui Jabatan HEM akhirnya berjaya dilaksana. Taklimat kebakaran dan sesi latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Taiping dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Murid (HEM) SERI TAIPING.  Bermula jam 3.00 petang, anggota bomba mula memasuki ruang sekolah dan mengarahkan guru menekan loceng kecemasan bagi mengumpulkan murid di dataran perhimpunan. Kemudian, anggota bomba memberi taklimat yang menekankan supaya keselamatan nyawa adalah perlu diutamakan. Turut ditaklimatkan, cara penggunaan alat pemadam api juga turut dipraktikkan demi keselamatan & kesejahteraan semua. Akhir sekali, beberapa orang murid yang dipilih membuat demonstrasi memadamkan api. Program berakhir tepat jam 4.30 petang.