Catatan

SEPAK TAKRAW PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

Imej
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Merafak sembah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, nukilan kali ini dikhaskan kepada wakil Kelab Takraw SERI TAIPING, Muhammad Hafizuddin bin Mohd. Farid atas pencapaian gemilang dalam kejohanan Sepak Takraw peringkat Negeri Perak yang diadakan pada 22-24 Februari lalu. Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau atas pencapaian tertinggi di peringkat Negeri mewakili Daerah Larut Matang & Selama di tempat ke-3. Beliau merupakan seorang murid yang benar-benar berwibawa dalam memacu pembangunan sepak takraw yang ideal seiring dengan kehendak masa ini. Beliau juga dilatih secara profesional oleh bapanya sendiri Cikgu Mohd. Farid apabila ada waktu lapang. Beliau sangat berbakat dan memberi sepenuh komitmen dalam mengendalikan Sepak Takraw hingga ke pencapaian sekarang. Beliau yang merupakan murid tahun 5 As-Syafie juga seorang murid yang aktif dalam Seni Pertahanan Diri, Taekwo...

OLAHRAGA DAN PADANG ZON TAIPING 2019

Imej
Asalamualaikum WBT. Alhamdulillah.....Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya hari ini... Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Berkat komitmen dan kerjasama daripada semua guru dan ibubapa murid-murid SERI TAIPING yang mengambil bahagian amatlah saya hargai. Lafaz kesyukuran ini juga dipanjatkan agar segala rezeki dan kekuasaan sememangnya datang daripada-Nya, Tuhan Sekalian alam. Hari ini, tanggal 26 Februari 2019 acara olahraga dan padang peringkat Zon Taiping telah diadakan di SK King Edward VII (2) Taiping yang disertai oleh 40 orang murid mewakili SERI TAIPING. SERI TAIPING tahun ini bertindak dengan lebih 'agresif' dengan menghantar kesemua acara padang iaitu 100 m, 200 m, 4x100 m, 4x200 m dan 80m Larian Berpagar. Dalam acara 200 m lelaki tahun 6, Muhd. Niyaz Muqri telah menjuarai pusingan separuh akhir dengan 15.61 saat menewaskan 5 sekolah lain. Untuk pusingan akhir pula, beliau tewas di tem...

PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS, TAHUN 5 & 6

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya program yang direncana dapat dilaksana mengikut jadual. Terima kasih kepada para guru yang bertugas serta para ibu bapa yang menjayakan program hari ini. Idea mewujudkan program motivasi hari ini adalah hasil gabungan guru-guru Bimbingan & Kaunseling, guru-guru UPSR, guru disiplin dan guru penasihat pengawas PSS dan Pengawas Sekolah. Program ini yang bermatlamatkan menggerakkan modal insan ini ke arah lebih berdaya saing dan mampu melonjakkan aspirasi sekolah sama ada dalam akademik, kokurikulum, adiniah mahupun sahsiah. Alhamdulillah, niat murni ini diluluskan oleh Tuan Haji Abdul Hamid b. Ali selaku Guru Besar. Tahniah diucapkan kepada para peserta. Moga-moga apa yang diterima hari ini mendapat manfaat untuk menjadikan masa hadapan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. ' KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN '

SEPAK TAKRAW MSSD LMS 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Fuhhh ! Dramatik ! Penuh ceritera ! Alhamdulillah, syukur setinggi-tinggi ke hadrat Allah SWT kerana Perlawanan Sepak Takraw Daerah MSSD 2019 Sekolah Rendah mempunyai 1001 cerita tersendiri. SERI TAIPING buat PERTAMA KALINYA menyertai sukan sepak takraw ini di peringkat Daerah LMS telah mencipta 'sejarah' yang begitu membanggakan. Syukur dirafakkan kepada Allah SWT kerana SERI TAIPING yang julung kalinya menyertai pertandingan ini dapat menembusi ke SUKU AKHIR. Pencapaian membanggakan ini bukan sahaja mengembirakan guru penasihat, malah murid itu sendiri. Daerah LMS yang dianggotai lebih 200 buah sekolah telah disaring menjadi 8 buah sekolah di peringkat suku akhir. Pencapaian 'menggerunkan' ini turut 'membuka mata' sekolah-sekolah lain yang turut serta. Pada peringkat Liga, keputusan SERI TAIPING ialah:  SERI vs SK Asam Kumbang  (21-18) SERI vs SK Tmn. Panglima  (21-16) SERI...

KEM AMALI WUDUK SIRI 1 ANJURAN JAB. ADDINIAH

Imej
Asalamualaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya, Jabatan Addiniah hari ini telah menyelesaikan satu program yang sangat bermanfaat; iaitu Kem Amali Wuduk Siri 1 untuk para murid tahap satu. Hari ini, seawal jam 8.00 pagi, anak-anak tahap 1 ini berkumpul bagi mengambil tempat dan pecahan kumpulan yang telah disediakan. Jam 8.30 pagi, program bermula dengan minum pagi serta disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada penyelaras, Puan Noor Addri Suzzana bt. Mohd. Adnan selaku Pen. Kanan Addiniah & merupakan 'orang kuat' dalam program ini. Selesai saja minum pagi, semua murid dibawa ke dalam surau untuk ditayangkan video 'Cara-Cara Mengambil Wuduk Dengan Betul' oleh grafik animasi, Upin & lpin. Murid terus didedahkan dengan amali secara lisan sehingga jam 10.30 pagi serta disusuli dengan kuiz 'Smart Wuduk'. Jam 11.00 pagi, murid terus dibawa ...