SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ 1442 H PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum WBT & Salam Israk Wal Mikraj.

Terlebih dahulu, mewakili pihak sekolah dan seluruh warga kerja SERI AL UMMAH Taiping, Jabatan Addiniah serta seluruh anggota pentadbiran Jawatankuasa mahupun Pelaksana, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran aktiviti untuk semua murid tahun 1 hingga tahun 6 semasa Sambutan Israk Mikraj, semalam bertarikh 12 Mac 2021.





















Sambutan secara sederhana ini sesungguhnya mampu memberikan kesan yang positif kepada murid dan guru untuk menghayati serta mengagumi perjalanan Rasulullah SAW serta kesusahpayahan Baginda dalam menegakkan syiar Islam. 

Sambutan dijalankan secara serentak di semua kelas bagi tahun 3 hingga tahun 6, manakala bagi tahun 1 dan tahun 2, program dijalankan di surau SERI AL UMMAH, Taiping bagi aktiviti tontonan video dan sesi soal jawab kuiz.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada ibu bapa yang turut sama-sama membantu menyediakan peralatan bagi melicinkan urusan yang direncanakan pihak sekolah, lebih-lebih lagi dalam sama-sama mengekang pandemik Covid 19 ini.

"PEBENTUKAN INSAN SOLEH & MUSLEH"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN