SEPAK TAKRAW PERINGKAT NEGERI PERAK 2019

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Merafak sembah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, nukilan kali ini dikhaskan kepada wakil Kelab Takraw SERI TAIPING, Muhammad Hafizuddin bin Mohd. Farid atas pencapaian gemilang dalam kejohanan Sepak Takraw peringkat Negeri Perak yang diadakan pada 22-24 Februari lalu.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau atas pencapaian tertinggi di peringkat Negeri mewakili Daerah Larut Matang & Selama di tempat ke-3.





Beliau merupakan seorang murid yang benar-benar berwibawa dalam memacu pembangunan sepak takraw yang ideal seiring dengan kehendak masa ini. Beliau juga dilatih secara profesional oleh bapanya sendiri Cikgu Mohd. Farid apabila ada waktu lapang.

Beliau sangat berbakat dan memberi sepenuh komitmen dalam mengendalikan Sepak Takraw hingga ke pencapaian sekarang. Beliau yang merupakan murid tahun 5 As-Syafie juga seorang murid yang aktif dalam Seni Pertahanan Diri, Taekwondo. 

Sehingga kini, beliau dilantik menjadi PRESIDEN Kelab Sepak Takraw SERI TAIPING yang dipimpin oleh Cikgu Norazlinda binti Hj. Salim. Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw dengan pencapaian cemerlang ini. Sesungguhnya pencapaian ini membuktikan bahawa pasukan sepak takraw sekolah ini komited dengan kesungguhan & keterlibatan murid dalam sukan dan kokurikulum.

Syabas dan Tahniah !

'KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH