PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS, TAHUN 5 & 6

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya program yang direncana dapat dilaksana mengikut jadual. Terima kasih kepada para guru yang bertugas serta para ibu bapa yang menjayakan program hari ini.

Idea mewujudkan program motivasi hari ini adalah hasil gabungan guru-guru Bimbingan & Kaunseling, guru-guru UPSR, guru disiplin dan guru penasihat pengawas PSS dan Pengawas Sekolah.












Program ini yang bermatlamatkan menggerakkan modal insan ini ke arah lebih berdaya saing dan mampu melonjakkan aspirasi sekolah sama ada dalam akademik, kokurikulum, adiniah mahupun sahsiah. Alhamdulillah, niat murni ini diluluskan oleh Tuan Haji Abdul Hamid b. Ali selaku Guru Besar.

Tahniah diucapkan kepada para peserta. Moga-moga apa yang diterima hari ini mendapat manfaat untuk menjadikan masa hadapan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

'KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN